Melupakan seseorang yang kita sayangi bukanlah perkara mudah. ianya memerlukan hati yang kuat untuk melangkah pergi, kadangkala hati kita ingin terus hidup dalam kenangan. Kehidupan perlu diteruskan jua.
Cara Mudah Dan Berkesan Untuk Melupakan Seseorang Dalam Tempoh Singkat
Hilangnya cinta manusia bukan beerti kita putus harapan untuk terus hidup. Pandanglah ia dari sudut positif. Kita pasti dapat menempuhi keperitan ini dengan baik.
Cara Mudah Dan Berkesan Untuk Melupakan Seseorang Dalam Tempoh Singkat Credit pic : SUMBER |
Beberapa Cara Mudah Untuk Melupakan Seseorang
1. Memohon Kekuatan Dari Allah
Mohonlah pertunjuk daripada Allah bahawa setiap perpisahan ini ada hikmahnya.
''Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ianya baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia amat buruk untukmu. Allah maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.'' [2:216]
2. Perbanyakan Solat Sunat Dan Bacalah Al-Quran
''..... hanya dengan mengingati Allah sahaja hati akan menjadi tenang.'' [Surah Ar-Rad: Ayat8]Hati yang terluka perlukan ubat. Mintalah pada Allah kerana Allah adalah pemilik kepada setiap hati manusia. Dengan mengingati Allah juga, hati kita akan menjadi tenang.
3. Terimalah Kenyataan
Perkara yang paling penting ialah diri kita perlu menerima kenyataan. Terimalah kenyataan bahawa perpisahan sudah terjadi dan maisng-masing sudah membawa haluan sendiri. Sentiasa ingatkan diri kita bahawa dia bukanlah yang terbaik untuk diri kita dan yakinlah kita akan menemui insan yang lebih baik kelak. Redhalah dengan ketentuanNya.
4. Buang Segala Perkara Tentang Dia
Perkara ini memang perit untuk dilakukan tetapi dengan cara inilah yang terbaik untuk melupakan seseorang yang kita sayang. Buanglah segala perkara tentang dia. Buang no telefon, block facebook atau apa saja medium yang boleh berhubung dengannya. Jika sayang untuk membuang hadiah darinya, simpanlah dalam satu kotak dan simpan di jauh sudut padangan kita. Kuatkan hati untuk tidak menghubunginya lagi.
5. Sibukkan Diri
Sibukkanlah diri dengan kerja dan kawan-kawan. Luangkan masa dengan perkara yang kita minat. Jangan biarkan diri kita bersendirian ekrana kita mudah untuk merasa sunyi lalu mengingati kenangan-kenangan lampau.
6. Hindari Semua Perkara Tentang Dia
Cuba hindarkan semua perkara yang mengingatkan kita pada si dia. Contohnya, jangan pergi ke tempat makan yang sellau kita dan dia pergi. Jangan dengar juga lagu yang berkaitan dengan dia. kalau terdengar cepat-cepat tutup radio tersebut.
7. Ceritakan Masalah Kepada Orang Yang Boleh Dipercayai
Mintaklah nasihat dan pandangan dari kawan-kawan yang boleh dipercayai supaya anda boleh keluar daripada masalah ini. Jangan biarkan diri kita dibelenggu kerana kenangan lalu. Buktikan padanya kita mampu hidup lebih baik dari sebelum ini.
MAHU PIKAT LELAKI IDAMAN ANDA > KLIK DISINI <
Mungkin Allah ingin menguji kita dan melatih diri kita dengan sabar, lalu Dia hantarkan ujian kepada kita.
SUMBER
Baca juga : Mengapa Kekadang Kita Susah Move On ?
Post a Comment