Artikel Terkini

Tips Untuk Sentiasa Kekal Cergas Dan Bersemangat Sepanjang Di Tempat Kerja


Sering kita dengar rungutan pekerja yang berasa bosan di pejabat. Mereka datang sekadar megambil kedatangan atau kehadiran. Akhirnya apa yang diharap majikan tidak kesampaian. Malah menimbulkan rasa kecewa si majikan. 

Sebenarnya kita perlu berusaha memulihkan semangat agar dapat menyempurnakan amanah. Semangat berkhidmat datang ketika kita percaya, tahu dan mencintai tugas yang sedang dilakukan.


Tips Untuk Sentiasa Kekal Cergas Dan Bersemangat Sepanjang Di Tempat Kerja
Tips Untuk Sentiasa Kekal Cergas Dan Bersemangat Sepanjang Di Tempat Kerja
Credit pic : SUMBER 


Bahagia perlu dicari. Bahagia tidak datang sendiri. Justeru, usahakanlah mencarinya kerana orang yang tidak bersemangat, hidupnya tidak tenang dan tidak bahagia. Hidup sentiasa tertekan hingga akhirnya menganggu fikiran dan kesihatan.


Tips Untuk Sentiasa Kekal Cergas Dan Bersemangat Sepanjang Di Tempat Kerja


Bagaimana menjadikan kita kekal cergas dan bersemangat sepanjang bekerja di pejabat ?


1. Mulakan Pagi Dengan Penuh Ceria

Bersyukur dengan peluang untuk hidup pada pagi ini dan berkesempatan pula berbuat baik. Mari kita saling mendoakan untuk diri dan orang sekeliling. Cari peluang pada pagi hari untuk melakukan kebaikan kepada rakan dan semua orang. Semoga dengan permulaan yang baik mampu membahagiakan kita hingga petang.


2. Kerja Dengan Rela Hati

Lakukanlah kerja drngan rela hati dan bukan memaksa diri. Orang yang melalukan dengan rasa rela akan melakukannya dngan penuh semangat. Niat kerja sebagai ibadah kerana Allah dan manfaat buat diri dan keluarga.


3. Didik Hati

Lakukan perkara yang memberi manfaat untuk mendidik hati. Hati yang terdidik akan memberi kesan kepada keseluruhan hidup. Banyakkan mendengar perkara-perkara ilmiah, ceramah, zikir dan kata-kata yang mampu melonjakkan hati kepada reda.


4. Memberi Dan Membalas Kebaikan

Kita lebih mudah mengendalikan urusan pekerjaan apabila kita mampu memberikan kemudahan kepada orang lain. Setiap hati kita diberi peluang oleh Allah untuk melakukan kebaikan kepada orang lain bertujuan untuk memberi kita ketenangan dan kebahagiaan. Tidak ketinggalan juga kita sering menerima kebaikan daripada orang lain. Kebaikan itu seharusnya dibalas dengan kebaikan jua.


SUMBER - Nukilan Haji Zainuddin Ali

No comments:

Post a Comment