Apa itu Renjatan Haba (Heat Stroke) ?

Renjatan haba berlaku apabila suhu badan meningkat dengan cepat ( 41 darjah celcius atau lebih ) akibat terdedah kepada cuaca panas yang berterusan semasa menjalankan aktiviti fizikal. 

Tekanan panas yang tidak di rawat dengan cepat boleh merosakkan otak, jantung, buah pinggang dan otot anda. Menangguhkan rawatan akan memburukkan lagi keadaan dan boleh meningkatkan risiko komplikasi atau kematian yang serius.

Apa itu Renjatan Haba (Heat Stroke) ?
Apa itu Renjatan Haba (Heat Stroke)
Credit pic : SUMBER


Ini disebabkan kekurangan air dan garam galian dalam badan dalam jumlah yang banyak.

Apa itu Renjatan Haba (Heat Stroke) ?


Tanda-Tanda Gejala ini ialah : 

- Peningkatan suhu badan yang terlampau secara mendadak (41 darjah celcius).
- Denyutan jantung menjadi cepat.
- Pernafasan cepat dan pendek.
- Tekanan darah menurun.
- Badan kering dan panas.
- Tidak selesa, keliru dan mungkin menjadi tidak sedar.
- Rasa kepala berpusing-pusing.
- Pening
- Rasa mual
- Sawan atau pengsan


Rawatan



Rawatan Di Tempat Kejadian


1. Alihkan mangsa daei sinaran matahari yang melampau ke tempat berbumbung atau mempunyai hawa dingin.
2. Sejukkan mangsa dengan selimut yang lembap atau siram dengan air sejuk.
3. Berikan udara segar, halakan kipas secara terus atau kipas mangsa menggunakan kertas surat khabar.
4. Sekiranya mangsa sedar, berikan minuman sejuk dan segar.
5. Dapatkan bantuan perubatan melalui talian 999.


Rawatan Di Hospital 


1. Mangsa akan diperiksa kadar denyutan nadi, tekanan darah, kadar penafasan dan tahap kesedaran.
2. Sekiranya mangsa mengalami renjatan, rawatan khusus akan diberikan.
3. Penyiasatan darah dan lain-lain penyiasatan berkaitan akan dilakukan jika ada keperluan.


Pencegahan


1. Jangan lakukan aktiviti apabila berada dalam keadaan letih, lapar atau dahaga yang keterlaluan di bawah sinaran matahari yang berpanjangan.
2. Banyakkan minum air kosong 3-4 liter sehari.
3. Amalkan pemakanan sihat dan seimbang.
4. Jangan meninggalkan sesiapa di dalam kerea walaupun di tempat parkir yang bertutup. Ini adalah punca kematian yang berkaitan dengan haba pada kanak-kanak. Apabila diletakkan di bawah matahari, suhu di dalam kereta boleh naik 20 darjah dalam masa hanya 10 minit,
5. Pakai baju longgar dan pakaian ringan. Memakai pakaian yang berlebihan atau pakaian ketat tidak akan membenarkan tubuh anda menjadi sejuk dengan effisien.


SUMBER 1 | SUMBER 2


Post a Comment

Previous Post Next Post