Demam campak adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan oleh virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan respiratori dan disertai ruam pada kulit badan.

Cara Untuk Mencegah Jangkitan Demam Campak
Cara Untuk Mencegah Jangkitan Demam Campak
Credit Pic : SUMBER


Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui udara dengan titisan cecair daripada mulut dan hidung semasa bercakap, batuk ataupun bersin. Kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini sejak adanya program kebangsaan. 

Cara Untuk Mencegah Jangkitan Demam Campak


Akan tetapi, kebelakangan ini terdapat pertambahan dalam kes-kes campak di bandar utama dengan kemasukan warga asing. Oleh itu, jika kanak-kanak tidak mendpaat vaksin dan terdedah kepada individu yang menghidap penyakit ini, maka kemungkinan besar kanak-kanak ini akan dijangkiti virus ini.


Apakah Tanda-Tanda Demam Campak ? 


Antara 10-12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkan tanda dan gejala demam campak seperti : 

- Demam tinggi
- Batuk, selesema dan sakit tekak.
- Mata berair dan sensitif kepada cahaya.
- Sakit otot

Dua atau tiga hari kemudian akan timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala. Kemudian, merebak ke bahagian badan, tangan dan kaki.

Ruam akan kekal selama 4-7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sahaja sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.


Adakah Setiap Demam Yang Disertai Dengan Ruam Merupakan Demam Campak ? 


Kebanyakan kanak-kanak yang menghadapi demam campak akan sembuh dengan sempurna dan baik. Kekadang boleh menjadi implikasi yang serius terutamanya golongan yang menghadapi kekurangan zat makanan dan imun sistem kekebalan yang rendah.


Antara Lain Komplikasi Yang Sering Terjadi Adalah : 


- Jangkitan pada telinga.
- Jangkitan paru-paru.
- Jangkitan pada otak.
- Cirit-birit.

Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian. Selain itu, bagi wanita yang hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.


Bagaimana Merawat Demam Campak ? 


Tiada rawatan yang spesifik untuk merawat tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala : 

- Panadol untuk mengurangkan demam.
- Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata.
- Berehat dan minum air secukupnya.

Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain (sehingga 4 hari selepas ruam timbul).



Bolehkah Demam Campak Dicegah ?


Boleh !! Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun.

Adalah tanggungjawab ibubapa untuk memastikan anak mereka mendapat imunisasi. MMR adalah vaksin yang selamat. Jika anak anda terdedah kepada individu yang dijangkiti campak dan belum menerima imunisasi, bawa anak anda segera untuk berjumpa doktor. Pemberian vaksin dalam jangka masa tertentu booleh mengelakkan anak anda daripada dijangkiti virus tersebut.


SUMBER


Baca juga : Cara Berkesan Bagi Mengelakkan Kanak-Kanak Kencing Malam


Post a Comment

Previous Post Next Post