Zaman bertunang adalah fasa perkenalan dan persediaan bagi pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga.
Dari segi agama Islam, merujuk kepada proses melamar seseorang wanita oleh pihak lelaki. Rata-rata ulama menyatakan bahawa hukum bertunang adalah harus, namun Imam Syafie menyatakan bahawa hukumnya adalah sunat.
Dugaan Besar Yang Sering Berlaku Semasa Bertunang Credit Pic : SUMBER |
Sejak zaman Rasulullah lagi, bertunang telah menjadi sebahagian daripada proses pernikahan. Malah dalam Islam kita tegah untuk meminang seseorang wanita yang telah menjadi tunangan orang.
Apabila tempoh pertunangan telah pun ditetapkan mengikut waktu yang dirancang, memang tidak hairanlah jika satu per satu ujian datang melanda. Bak kata orang tua-tua waktu nilah mereka digelarkan berdarah manis dan mudha ditimpa dugaan.
Sebab itulah, Islam tidak menggalakkan tempoh pertunangan yang agak terlalu lama. Sepanjang tempoh pertunangan, pelbagai masalah boleh berlaku dari bisikan hawa nafsu ataupun godaan syaitan.
Dugaan Besar Yang Sering Berlaku Semasa Bertunang
Ini adalah antara cabaran dan dugaan yang perlu dilalui oleh mereka yang sedang menunggu hari pernikahan :
1. Emosi Yang Agak Tidak Stabil
Ada sesetengahnya yang tidak senang duduk. Kekadang sedih, marah, terlalu gembira dan ada yang asyik teringatkan tunang sepanjang masa. Fasa ini adalah fasa dimana emosi tidak stabil dan berbelah bahagi. Semasa berkawan, mungkin anda tidak merasai seperti bertunang.
2. Cemburu Buta
Cemburu buta juga adalah salah satu dugaan semasa bertunang. Tetiba menjadi cemburu terlampau dan asyik mahu mengawal pergerakan tunang sahaja. Namun, sebagai orang Islam, kita wajib menjaga pergaulan kita walau di mana kita berada samada sudah bertunang ataupun belum bertunang.
3. Takut Salah Membuat Keputusan
Antara fobia dan dugaan semasa bertunang adalah ada yang mula menunjukkan perangai sebenar diri. Jadi anda mula berasa ragu-ragu terhadap pilihan anda dalam melansungkan perkahwinan.
4. Gangguan Orang Ketiga
Dalam hal ini, anda perlulah banyak bersabar dan mencari jalan penyelesaian. Jangan mudah tergoda dengan orang ketiga. Lakukan solat istikharah untuk mendapatkan keputusan yang sewajarnya.
5. Tekanan Keluarga Atau Keluarga Bakal Suami/Isteri
Apabila sudah mengenali keluarga bakal pasangan, mungkin ada perkara yang tidak menyenangkan seperti menetapkan wang hantaran, penetapan tarikh kenduri dan sebagainya. Walauapapun, kita janganlah terllau cepat menilai seseorang sedangkan kita belum mengenali mereka sepenuhnya.
6. Masalah Kewangan
Waktu sebeginilah, anda perlu berjimat dan mengumpul wang simpanan sebagai persediaan menghadapi alam rumahtangga. Jadi, mungkin anda terpaksa mengikat perut dan menahan nafsu daripada berbelanja sesuatu mengikut kebiasaan anda.
7. Mula Tawar Hati
Setelah ujian datang bertalu-talu, sesetengah orang daripada mereka mula tawar hati dan tidak berminat lagi untuk meneruskan tempoh perkahwinan. Anda perlu banyak bersabar dengan segala dugaan yang datang. Fasa bertunanglah banyak yang gagal kerana habis limit kesabaran. Banyakkan berdoa untuk terus diberi kekuatan dalam menghadapi ujian ini.
8. Jangan Mendekati Zina
Selagi belum berkahwin, kita masih lagi belum boleh bersentuhan seperti suami isteri. Selagi anda mengikut batas pergaulan yang ditetapkan Islam, tiada apa yang perlu anda risaukan. Islam itu mudah dan tidak menyusahkan.
9. Kesibukan Persiapan Perkahwinan
Makin dekat dengan majlis perkahwinan, makin sibuklah anda. Pada saat-saat akhir ini, tak mustahil ianya tidak berjalan lancar seperti yang anda rancang. Namun, semua ini adalah tindakan di luar kawalan kita seperti baju nikah tak muat atau tersilap jahit, kos perbelanjaan lari, perubahan tempat majlis perkahwinan dan sebagainya.
10. Perancangan Haluan Hidup Selepas Berkahwin
Selepas berkahwin, ada yang terpaksa berpindah ke negeri lain. Jadi terpaksa bertukar tempat kerja, mencari rumah baru. Percayalah ini adalah baru permulaan kepada kehidupan rumahtangga yang lebih mencabar pada masa yang akan datang.
Sebenarnya, sebagai umah Islam, kita perlulah percaya bahawa semua dugaan semasa betunang ini datang dari Allah sebagai ujian kepada hambaNya. Oleh itu, kita perlulah sentiasa redha dan meminta pertolongan daripada Allah. Sesungguhnya, Allah lebih mengetahui akan sesuatu yang tidak tidak kita ketahui.
SUMBER
Baca juga : Adakah Kahwin Muda Satu Keputusan Terburu Atau Keputusan Yang Tepat ?
Post a Comment