Pernah tak anda ada perasaan nak bunuh diri?

Macam rasa dunia ni dah cukup menghukum diri. Macam rasa cukuplah apa yang dunia bagi selama ni. Kadang-kadang nak tamatkan hidup ni bukan pasal ada apa-apa pun tapi sebab teringin rasa nak mati. Masa untuk tamatkan diri.


Kenapa Munculnya Perasaan Ingin Bunuh Diri ?
Kenapa Munculnya Perasaan Ingin Bunuh Diri ?
Credit Pic : SUMBER

Statistik menunjukkan bahawa, 40 orang cuba membunuh diri… Setiap saat. Entah berapa ramai daripadanya itu adalah statistik adalah orang Malaysia. Banyak sebenarnya sebab kenapa orang ingin membunuh diri mereka sendiri.


Kenapa Munculnya Perasaan Ingin Bunuh Diri ? 


Antara sebabnya ialah hati dipatahkan, tak dapat memaafkan diri sendiri tentang kesalahan dulu-dulu, pelaburan melebur, kematian orang tersayang, dan juga mereka yang mengalami kemurungan (depression).

Cuba tengok siling rumah anda. Cuba fikir. Kalau mati rasanya apa penamat kita? Kalau anda percaya kepada Tuhan, anda akan disoal.

“Kenapa kamu bunuh diri?”

Apa yang nak anda nak jawab?

“Hidup saya susah sangat saya tak dapat terima yang hidup saya susah sangat jadi saya tamatkan hidup saya.”

Kita duduk dalam negara yang orang sanggup berdayung dalam bot kecil untuk datang dan mencari rezeki.

Di dalam dunia ini ada yang hidup lagi susah daripada kita. Walaupun sekarang anda berada dalam neraka dunia misalnya, anda perlu juga teruskan hidup anda. Kalau anda tidak percayakan kehidupan lepas mati, maknanya lepas anda bunuh diri, anda akan… Tamat selama-lamanya.

Tidak ada selepas ini untuk anda. Guna masa yang ada dalam dunia ni untuk selesaikan masalah anda. Mungkin tak ambil masa sehari. Mungkin tak ambil masa sebulan. Mungkin bertahun-tahun baru selesai masalah. Yang penting ialah hidup anda sangat berharga.  Harga untuk nyawa anda itu terletak di dalam tangan anda sendiri. Anda tentukan harganya.

Dan kalau anda tanya saya, saya akan jawab, “saya percaya yang awak boleh ubah hidup awak menjadi lebih baik.”

Sebab utama orang bunuh diri sebab mereka rasa sangat susah. Susah sangat hidup ni. Rasa gelap sangat hidup. Tiada lampu di tepi jalan yang menemani. Rasa banyak gila masalah yang tengah hadapi pada masa tu. Tak dapat nak terbayangkan sakitnya tu. Macam… dah, cukuplah sampai sini hidup ni. Baik tamatkan je.

Tak tahu nak luahkan dekat siapa semua yang terpendam ni. Rasa kecil je. Macam… tertutup segala-galanya. Takde pintu keluar. Pintu tu, anda sendiri yang kena buka. Kita bukan macam binatang je. Kita ada otak. Kita boleh fikir. Kita macam satu tahap lagi tinggi daripada binatang tu.

Kalau binatang, dia akan fikir cara untuk hidup. Dan untuk kita, kita kena berhentikan otak kita yang tahapnya lagi tinggi daripada binatang dan gunakan naluri mamalia yang ada dalam kita.

Yalah, hidup ini memang susah. Tipulah ada orang hidup takde masalah. Lagi terkenal orang tu, lagi macam-macam masalah. Tak percaya tengok Shahila. Buat apa-apa pun ada je yang mengata.

Apa yang anda kena buat kalau rasa tertekan gila-gila?

Anda kena luahkan perasaan. Luahkan perasaan bukan bermakna anda seorang yang lemah tetapi anda tidak mahu fikiran anda terlalu banyak masalah sehingga tidak dapat berfikir secara objektif. Boleh tulis segala kegeraman anda atas kertas dan campak kertas tu. Ataupun senam kuat-kuat. Ataupun buat push-up banyak-banyak.

Tulis dekat atas kertas segala-galanya yang anda nak cakap dan lepaskannya atas kertas tu. Kemudian, gumpal kertas tu and then baling dekat dinding. Dan buat aktiviti fizikal sikit. Jangan tumbuk dinding, takut tangan retak. Tapi boleh lari. Joging ke. Apa-apa yang fizikal. Nak lepaskan semua perasaan geram tu.

Kalau ada kawan, boleh cerita semua masalah ni dekat kawan. Tapi make sure yang boleh dipercayai je !!! Bila dah lega rasa geram dan rasa nak bunuh diri tu… baru boleh fikir dengan waras sedikit.

Untuk selesaikan sesuatu masalah, kita perlu menjadi objektif. Objektif dalam selesaikan masalah. Bunuh diri tidak akan selesaikan masalah. Dan anda akan merugikan diri anda sendiri. Cuba cakap dengan seseorang mengenai masalah anda. Anda juga boleh rujuk kepada pakar Psikologi. Mereka lebih arif dan memahami isi hati serta jiwa anda. Apa-apa pun yang utama ingat kepada Tuhan, Insha Allah semuanya akan baik-baik belaka.


SUMBER

Baca Juga : Ciri-Ciri Seorang Pendendam Yang Perlu Anda Elakkan Dalam Diri

Panduan Solat Dengan Sempurna : > Klik Disini <



Post a Comment

Previous Post Next Post