Artikel Terkini

Cara Mudah Menangani Perkara Yang Kita Tidak Sukai


Pandangan peribadi tentang bagaimana untuk suka kepada perkara yang kita tidak suka? Ada perkara yang kita boleh tolak atau elak, dan ada perkara yang kita perlu hadapi. Ada tak caranya untuk menghadapinya?

Cara Mudah Menangani Perkara Yang Kita Tidak Sukai
Cara Mudah Menangani Perkara Yang Kita Tidak Sukai
Credit Pic : SUMBER


Cuba kita cari kelebihan dalam perkara yang kita lakukan walaupun kita tidak suka perkara itu. Sudah tentu perkara ini tidak mudah yang kita sangka, kan? Diri sendiri juga menghadapi perkara yang sama tetapi itulah caranya.

Cara Mudah Menangani Perkara Yang Kita Tidak Sukai


Kebanyakkan orang apabila diberikan suatu kerja yang tidak diminati atau tidak disukai, kita akan melakukan kerja itu dengan sambil lewa atau lepas syarat sahaja. Itu merupakan lumrah manusia yang hanya suka membuat perkara yang diminati. 

Barangkali kita semua mengalami perkara ini ketika kita berada dalam pengajian sekarang di mana ada sesetengah subjek kita minat dan ada sesetengahnya kurang diminati. Boleh jadi kita diberi suatu kerja yang kita tidak minat dan tidak mahu belajar langsung tentang perkara itu. Hal ini mungkin disebabkan oleh pensyarah yang membosankan, subjek itu susah dan banyak kerja yang dilakukan. 

Walaupun sukarnya subjek atau kerja itu, saya pasti kalian tetap belajar perkara itu dan lakukan yang terbaik kerana kita tahu sudah menjadi tanggungjawab kita untuk membuat suatu pekerjaan dengan baik. Selebihnya, Allah memberi keputusan yang terbaik kepada kita.

Cara terbaik untuk kita buat sesuatu perkara yang perlu dilakukan walaupun kita tak suka ialah kita kena berusaha sedaya upaya untuk enjoy perkara dan cari kelebihan dalam tugas itu walaupun kita tidak suka. 

Jadikan perkara yang ingin dibuat menarik untuk kita. Lama-kelamaan, apa yang berlaku ialah kita akan mula rasa enjoy walaupun kita seolah-olah ‘berlakon’ untuk menggembirakan diri kita. Perkara ini penting untuk kita lakukan kerana kita tidak akan mudah bosan atau letih apabila kita melakukan perkara yang kita suka. Tak faham lagi ke maksud saya? Meh, saya bagi contoh.

Sewaktu saya bergelar pelajar tahun satu di universiti, pernah saya bertanding untuk jawatan presiden dalam Malaysian Society. Dipendekkan cerita, saya kalah dan mendapat jawatan publisiti iaitu jawatan yang kosong ketika itu. Pada mulanya, saya bukan minat sangat untuk belajar mengenai Photoshop dan bekerja di alam maya seperti menghantar emel dan mempromosikan event melalui Facebook dan laman web.

Jadi saya berfikir, daripada saya mengeluh dan membuang masa tentang betapa tidak seronoknya kerja yang saya buat sekarang ini, saya ambil keputusan untuk saya enjoy sahaja apa yang saya lakukan walaupun saya tidak suka. 

Alang-alang saya memang perlu buat perkara ini kenapa saya tak teruskan sehingga habis? Sejak itu, saya cuba belajar daripada beberapa orang kawan tentang asas-asas Photoshop dan membuat video. Saya berlatih tentang penggunaannya ketika cuti musim panas. 

Kadang kala saya bertanding dengan diri saya berapa lama yang saya ambil untuk menyiapkan satu poster. Adakah saya buat untuk mendapat pujian? Penghargaan? Tak… Tetapi perkara ini membantu saya untuk menyukai perkara yang kita tidak suka. Hasilnya, kualiti kerja saya meningkat dan banyak yang saya boleh belajar tentang media social dan bagimana cara terbaik untuk mempromosi sesuatu.

Apa yang saya cuba sampaikan ialah cabaran yang kita perlu kita terima dengan baik dan cari hikmah disebaliknya. Setiap orang memegang pisau yang sama tetapi bergantung kepada penggunanya untuk menggunakan perkara yang ada untuk kebaikan (seperti memasak) atau kejahatan (seperti mencederakan orang lain) Semoga bermanfaat. Maaf ada silap dan salah.


SUMBER

Baca Juga : Rawatan Untuk Orang Yang Tidur Berdengkur

No comments:

Post a Comment