Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Seperti yang saya janjikan, pada post yang lalu iaitu dalam entri ''Skop Tugas Pembantu Operasi N11 Yang Sebenar 2019'', saya akan kongsikan pula skop tugas bagi jawatan Pengawai Khidmat Pelanggan N19 atau lebih dikenali sebagai PKP. 


Skop Tugas Sebenar Pengawai Khidmat Pelanggan N19
Skop Tugas Sebenar Pengawai Khidmat Pelanggan N19
Credit Pic : SUMBER 

Mungkin rata-rata dari anda pernah mendengar jawatan tersebut. Tapi anda tak pelik ke kenapa jawatan ini dinamakan Pengawai Khidmat pelanggan? dan kenapa bukan Pembantu Khidmat Pelanggan ?  Hahahaha.


Skop Tugas Sebenar Pengawai Khidmat Pelanggan N19 


Apa yang anda terbayang pada skop tugas Pengawai Khidmat Pelanggan ini? Mesti jawapan anda tak lain tak bukan mengangkat panggilan telefon? betul? 

Mari kita teroka dengan lebih dalam mengapa jawatan ini diwujudkan. Tujuan perwujudan jawatan Pengawai Khidmat Pelanggan N19 ini adalah melaksanakan dalam urusan khidmat pelanggan serta membantu pelanggan atau klien dengan mesra dan berhemah bagi keberkesanaan fungsi penyampaian perkhidmatan di barisan hadapan pejabat.

Jadi bila sebut barisan hadapan ini, anda perlulah mempunyai ciri-ciri positif, peramah, ceria, menghormati klien atau pelanggan dan mempunyai kebolehan dalam kemahiran responsif iaitu cepat memberi respon kepada urusan pelanggan.

Tugas-tugas Pengawai Khidmat Pelanggan N19 ialah : 

- Mengendalikan panggilan telefon dari luar yang berurusan dengan jabatan dengan baik dan cekap.

- Mengendalikan panggilan telefon daripada dalam dan menyambungkan panggilan kepada pengawai yang diperlukan.

- Mengendalikan pelanggan atau klien yang berurusan dengan jabatan.

- Memastikan pengawai atau pelanggan yang berurusan di kaunter di layan dengan hormat dan mesra bagi membantu menyelesaikan masalah.

- Berkebolehan mengendalikan komputer dan peralatan telefon.

Rahsia Mudah Lulus Temuduga Kerajaan > Klik disini <


Itu saja penerangan saya kali ini. Untuk di lain entri, saya akan kongsikan Skop Tugas Sebenar Pembantu Awam H11 di Jabatan atau di Kementerian.

Baca Juga : Keputusan Temuduga Pembantu Perawatan 2019

Post a Comment

Previous Post Next Post