Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Disebabkan mood saya pada hari ini agak baik, itu semua kerana saya banyak mendapat perkhabaran berita yang menyenangkan hati. Salah satunya adalah status simpanan saya bagi Jawatan Pembantu Pengurusan Murid N19 bertukar ke status Lantikan Tetap. 


Status Simpanan Pembantu Pengurusan Murid N19 Bertukar Ke Lantikan Tetap
Status Simpanan Pembantu Pengurusan Murid N19 Bertukar Ke Lantikan Tetap
Credit Pic :  SUMBER 

Pada sebelum ini saya ada membuat entri yang bertajuk Keputusan Temuduga Pembantu Pengurusan Murid N19 2019 pada tarikh 1.6.2019. 


Status Simpanan Pembantu Pengurusan Murid N19 Bertukar Ke Lantikan Tetap


Keputusan jawatan tersebut boleh disemak pada tarikh 29.5.2019. Jadi, dari status simpanan ke lantikan tetap mengambil masa dalam 7 bulan juga la.


Status Simpanan Pembantu Pengurusan Murid N19 Bertukar Ke Lantikan Tetap
Status Simpanan Pembantu Pengurusan Murid N19 Bertukar Ke Lantikan Tetap

Apa-apa sekalipun percayalah pada rezeki tuhan. Dalam usaha kita mencari rezeki di atas dunia ni, jangan pula kita menjauhkan diri daripada Tuhan. Usaha perlu ada dan selebihnya tawakal serta meletakkan pergantungan sepenuhnya kepada Tuhan. Yang penting bersabarlah dan sentiasa bersangka baik dengan Tuhan. Anda perlu tahu meletakkan kepentingan antara dunia dan akhirat. 

Andai anda pernah bertanya pada diri anda, ''Mengapa dan kenapa rezekiku sentiasa sempit? Anda sudah membuat yang terbaik, anda sudah usaha dengan bersungguh-sungguh tetapi masih gagal dalam mencapai sesuatu matlamat. Puas juga anda berdoa meminta pertolongan dari Tuhan tetapi masih juga belum dikurniakan rezeki.

Apa yang perlu anda tahu, Tuhan mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya, begitu juga mengapa Dia memperlambatkan permohonan Hambanya. Dek kerana taqwanya yang masih belum mantap, diujinya lagi supaya semakin banyak berusaha, berdoa serta bertawakal, maka akan lahirnya hubungan yang erat dengan sang penciptanya.

Saya faham ada yang sudah atau hampir putus asa dengan kegagalan temuduga mahupun ujian online SPA. Teruskan berusaha dan jangan putus asa. Perbaiki kelemahan anda dari semasa ke semasa. Semoga urusan anda dipermudahkan oleh-Nya.

Last untuk saya ke temuduga pada tahun ini. Saya akan membuang ke semua jawatan-jawatan di SPA mahupun di SPP pada tahun depan. Cukuplah pengalaman temuduga yang saya perolehi sekarang. Untuk lantikan tetap bagi jawatan Pembantu Pengurusan Murid N19 ini juga, saya akan tolak tawaran. Memberi peluang kepada yang lebih memerlukan pekerjaan. 


Rahsia Mudah Lulus Temuduga Kerajaan > Klik disini <


Buat yang bakal menjadi penjawat awam, saya ucapkan tahniah. Jadilah seorang penjawat awam yang berintegriti dalam melaksanakan apa jua tugasan yang diberikan. Pada yang gagal, ingat jangan putus asa, belajarlah daripada pengalaman kerana pengalaman adalah guru terbaik sepanjang hidup.

Baca Juga :  Pengalaman Temuduga Penolong Pengawai Perubatan u29 SPA

Post a Comment

Previous Post Next Post