Artikel Terkini

Keputusan Temduga Pembantu Pengurusan Murid N19 2019


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca-pembaca sekalian. Syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih diberi penafasan untuk berjumpa Ramadhan pada tahun ini. Pejam celik, pejam celik dah nak dekat raya dh kan. Dah buat persiapan raya dh ka ? Baju raya dh beli ? Hahaha..Untuk ernti kali ni, saya nak kongsikan berkaitan Pembantu Pengurusan Murid N19.


Keputusan Temduga Pembantu Pengurusan Murid N19 2019
Keputusan Temduga Pembantu Pengurusan Murid N19 2019
Credit Pic : SUMBER


Pada bulan 10.4.2019, saya ada pergi temuduga bagi jawatan  Pembantu Pengurusan Murid Gred N19 di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pulau Pinang. Ni kali kedua saya ditemuduga jawatan Pembantu Pengurusan Murid ni, kali pertama  temuduga di Jitra. Hehehe tapi gagal la temuduga. 


Keputusan Temduga Pembantu Pengurusan Murid N19 2019


Bagi yang tak tahu apa itu Pembantu Pengurusan Murid ini apa..., Pembantu Pengurusan Murid ni terbahagi kepada 3 iaitu Prasekolah, Pendidikan Khas dan Asrama. Skop tugas masih sama iaitu membantu guru-guru dalam hal pembelajaran pada waktu kelas.

Bidang kerjaya ni bagi sy, memerlukan seseorang yang penyabar kerana kita perlu melayan karenah murid-murid samada murid normal ataupun murid kelainan upaya.

Kalau PPM prasekolah ni, semua murid-murid normal. Jika anda rasa anda mampu membantu guur mendidik murid-murid ni boleh la apply jawatan PPM ni. PPM pendidikan khas pula, murid-murid special, maksudnya kelainan upaya. 

Saya juga minat PPM pendidikan khas ni, bagi sy..mereka juga berhak mendapat layanan istimewa sebagaimana budak-budak normal dapat. Mereka tak minta dilahirkan sebegitu. Kalau bukan kita yang dipertanggungjawab ke atas mereka, siapa lagi kan. Jiwa mereka juga mudah tersentuh, jadi kena pandai la ambil hati mereka. Bila dah dapat dan pandai menjaga hati mereka, mereka akan mudah didekati dan mudah mesra. 

Untuk PPM Asrama pula, dari murid-murid tu bangun tidur sampai la ke tidur kena pantau mereka. Ajar mereka kemas katil, beringat akan kerja sekolah. Skop tugas PPM asrama ni sy kurang pendedahan kerana sy tak ada kawan yang bekerja sebagai PPM Asrama. 

Jadi keputusan temuduga sy bagi jawatan Pembantu Pengurusan Murid N19 sudah boleh disemak pada 29.5.2019 dann...keputusannya adalah seperti berikut 


Keputusan Temduga Pembantu Pengurusan Murid N19 2019
Keputusan Temduga Pembantu Pengurusan Murid N19 2019

Alhamdulillah..sebagai calon simpanan. Semua ni atas rezeki masing-masing. Andai tertulis rezeki, In sha Allah dapat. Andai tak dapat, anggap sahaja tuhan nak beri yang lebih baik buat kita.

Tips Mudah Lulus Temuduga Kerajaan > Klik Disini <

Pada yang lulus, saya ucapkan Tahniah buat anda. Jadilah seorang penjawat awam yang berintegriti dalam menjalankan tugas. Pada yang gagal, usah bersedih, cuba dan cuba lagi, jangan mudah putus asa. Ingatkan rezeki kita, masing-masing sudah tuhan tetapkan.


Baca juga : Keputusan Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan 2019

No comments:

Post a Comment