Artikel Terkini

Apa Perbezaan Antara Pelaburan Dan Perlindungan?


Pelaburan dan perlindungan adalah dua (2) perkara yang berbeza. Namun, kedua-duanya saling melengkapi antara satu sama lain. 

Apa Perbezaan Antara Pelaburan Dan Perlindungan?
Apa Perbezaan Antara Pelaburan Dan Perlindungan?
Credit Pic : SUMBER

Pelaburan bertujuan untuk mengembangkan duit yang kita ada.  Perlindungan pula bertujuan untuk melindungi kita dan ahli keluarga jika terjadi perkara yang tak diingini contohnya kematian. 

Pelaburan 


Terdapat pelbagai jenis pelaburan yang kita boleh pilih sesuai dengan risk profil kita. Daripada kategori tiada risiko sehingga ke risiko tinggi. Semakin tinggi risiko pelaburan tersebut maka semakin tinggi pulangan pelaburan.  Salah satu pelaburan yang disifatkan risiko adalah simpanan ASB. 

Contoh pelaburan yang kita boleh pilih adalah unit amanah, emas, saham, hartanah, melabur melalui robo – advisor, dan lain – lain. 


Perlindungan 


Ada dua jenis perlindungan iaitu insurans dan takaful. Ramai yang masih keliru dengan insurans dan takaful. Kan? 

Insurans adalah produk konvensional manakala takaful adalah produk islamik.  Dalam merancang kewangan, pelaburan dan perlindungan adalah aspek penting yang perlu dimasukkan dalam planning kita. 

Namun, ramai yang sedar tentang kepentingan pelaburan tetapi kurang sedar tentang kepentingan perlindungan. 

Kenapa ini berlaku? 

Salah satu sebab adalah ramai orang sudah jelas dengan matlamat pelaburan atau simpanan yang mereka buat. Sebagai contoh, sebagai duit kahwin,kumpul duit deposit beli rumah, dana pendidikan anak, dana persaraan, dana travel dan sebagainya. 

Namun, berbeza dengan perlindungan. Ada yang rasa rugi je ambil takaful ni sebab bayar bulan – bulan tapi tak dapat apa-apa kecuali bila berlaku musibah. Sementara masih sihat, ambil takaful secukupnya sebab bila dah ada penyakit, syarat akan semakin ketat. 

Kalau kita tak sakit lagi sekarang, sepatutnya kita bersyukur sebab dapat rezeki kesihatan yang baik. 

Bila kita faham konsep sebenar takaful, kita tak akan rasa rugi bayar bulan-bulan walaupun kita masih belum claim lagi. Kenapa macam tu? 

Begini. 

Konsep takaful adalah untuk tolong menolong. Caruman takaful yang kita bayar setiap bulan akan dimasukkan ke dalam tabung tabarru’. Tabarru’ ni maksudnya derma. Kiranya setiap bulan kita menderma. Jika berlaku sebarang musibah kepada para peserta, wang didalam tabung tabarru’ akan digunakan sebagai sumbangan. Konsepnya adalah sama macam tabung khairat kematian.  

Jangan fikir untuk dapat perlindungan semata-mata tapi pasanglah niat untuk menolong sesama peserta takaful. Bila sampai giliran kita ditimpa musibah nanti, kita pula akan dibantu. 

Kenapa pelaburan je tak cukup?

Simpanan dan pelaburan adalah untuk kumpul dan kembangkan kekayaan kita. Namun, ianya boleh hilang sekelip mata jika kita ditimpa musibah. 

Contohnya kita ambil masa selama 5 tahun untuk kumpul wang sebanyak RM50,000. Tiba-tiba kita ditimpa penyakit kronik. Wang simpanan kita akan habis dalam masa yang singkat untuk tanggung kos rawatan sakit kita. 

Andai kita meninggal, kita hanya meninggalkan keluarga dalam keadaan miskin. Masa depan anak-anak kita bagaimana? Ianya mungkin terjejas. 

Berbeza bila kita memiliki perlindungan takaful. Kos rawatan sakit akan ditanggung sepenuhnya. Duit simpanan kita tak akan terusik banyak. Andai kata umur kita tak panjang, kita aka meninggalkan keluarga kita dengan wang hibah dan wang simpanan. Keluarga kita takkan terbeban dengan masalah kewangan. 

SUMBER

Baca Juga : Cara Mengenalpasti Adakah Anda Otak Kiri Atau Otak Kanan?

No comments:

Post a comment