Apa hukum batalkan puasa ganti? haa.. kalau cakap soal hukum hakam Allah ni, macam-macam lah jawapan dia.. kenapa banyak jawapan? kenapa banyak persoalan? sebab ramai yang confius dan tak tahu. So, kalau kita semua keliru, apa kata kita ambil tahu?



Hukum Berkenaan Membatalkan Puasa Ganti
Hukum Berkenaan Membatalkan Puasa Ganti
Credit Pic : SUMBER


Macam macam jenis masalah perempuan ni kalau melibatkan nak ganti puasa. Ye lahh.. bulan Ramadhan kan Allah dah bagi MC. so kena bayar balik lah. Susah sangat ke nak puasa? Susah sangat ke nak puasa?! Ha, mantapkan iman kuatkan hati. Jom kita berpuasa ganti.


Hukum Berkenaan Membatalkan Puasa Ganti



Ini soalan-soalan yang biasanya orang tanya mengenai hukum batalkan puasa ganti.


1) Pada tahun lepas saya tidak sempat habis mengganti puasa, adakah saya perlu mengganti 2x (double) puasa itu pada tahun ini? Apa yang saya tahu, perlu membayar fidyah.

Jika kamu tidak sempat ganti pada tahun lepas bermakna kamu wajib ganti puasa tersebut pada tahun ini dengan jumlah hari yang sama iaitu tidak bertambah tetapi kamu wajib membayar fidyah disamping qadha tersebut sebanyak secupak beras untuk sehari yg ditinggalkan. Yang bertambahnya ialah bilangan fidyah beras bukannya bilangan yang harus diqadha .





2) Berdosa tak kalau saya buka puasa ganti Ramadan kerana malas?


Tidak boleh berbuka puasa ganti Ramadan, nazar atau apa sahaja amalan wajib yang lain dengan sengaja setelah memulakannya. Sama seperti solat fardu; di mana tidak dibenarkan berhenti selepas memulakannya melainkan jika keadaan darurat.


Tetapi, boleh membatalkan puasa sunat bila-bila masa mengikut kehendak orang yang berpuasa itu. Begitu juga dengan amalan sunat yang lain. Sesiapa yang pernah membatalkan puasa wajib hendaklah bertaubat kepada ALLAH dan jangan ulangi perbuatan itu. Walau bagaimanapun, dia tidak perlu membayar apa-apa kifarat. (Rujuk: Al-Mughni, jil:4, ms 412 dan al-Majmu', jil: 6, ms: 383)


3) Saya ada kemusykilan mengenai puasa ganti. Ada pendapat mengatakan apabila menggantikan puasa di bulan Syawal, secara automatik kita dapat pahala puasa sunat Syawal.

Ada juga pendapat menyatakan jika hendak puasa sunat Syawal, kita hendaklah habiskan dulu ganti puasa yang wajib.



Sunat dan wajib adalah dua perkara berbeza. Sunat ialah amalan yang sangat digalakkan kita melakukannya.Mereka yang membuat amalan sunat mendapat pahala dan tiada dosa jika tidak melaksanakannya. Berbeza pula dengan wajib yang mana seseorang itu berdosa jika meninggalkannya. Puasa ganti atau qada adalah wajib.


Puasa enam Syawal pula sunat. Sebaik-baiknya puasa ganti dilakukan segera kerana ia bererti menyegerakan bayar hutang kepada Allah. Ini sikap seorang hamba yang taat pada Tuhannya. Jika dibiarkan lama, bimbang terlewat sehingga Ramadan akan datang.


Bagaimanapun ada yang berpendapat jika puasa qada dalam syawal, keberkatan Syawal dan pahalanya akan berterusan. Wallahuaklam.



4) Adakah dibolehkan puasa ganti yang dilakukan pada hari Jumaat perlu dikembarkan dengan hari Khamis atau Sabtu?

Haram berpuasa pada hari jumaat bagi puasa sunat. Walau bagaimanapun ia boleh dilakukan dengan menggandingkan sehari sebelum atau sehari selepas. Tapi bagi puasa ganti, ianya dibenarkan.





SUMBER


Baca Juga : Hukum Berkenaan Menghidu Bau Makanan Dari Restoran Bukan Muslim

Post a Comment

Previous Post Next Post