Saya bukan nak tanya soalan tetapi saya nak minta ustaz tuliskan doa untuk saya baca sebab saya dijangka melahirkan anak tidak berapa lama lagi. Terima kasih atas jawapan ustaz.

Doa Agar Mudah Bersalin (Ustaz Azhar Idrus)
Doa Agar Mudah Bersalin (Ustaz Azhar Idrus)
Credit Pic : SUMBER

JAWAPAN :

Ada bermacam bentuk doa yang boleh dibaca olih ibu yang hamil semuanya adalah elok belaka diamalkan.

Doa Agar Mudah Bersalin (Ustaz Azhar Idrus)


Antara doa yang elok dibaca ialah :

بسم الله الرحمن الرحيم

 اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْن
"اللهم أسألك حُسْن الخُلُق وهَوْن الطَّلْق، يا خالق النفْس من النفْس، يا مُخَلِّص النفْس من النفْس، يا مُخْرِجَ النفْس من النفْس، خلِّصني".

 "اللهم يا مسهِّل الشديد، ويا مليِّن الحديد، ويا مُنْجِز الوعيد، يا من هو كل يومٍ في أمر جديد، أخرجني من حلق الضيق إلى أوسع الطريق، بك أَدفَعُ ما لا أطيق، ولا حول ولا قوة إلَّا بالله".

 "اللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلا مَا جَعَلْتَهُ سَهْلًا، وَأَنْتَ إِنْ شِئْتَ جَعَلْتَ الْحَزَنَ سَهْلًا".
 "يا حي يا قيُّوم برحمتك أستغيث".

Artinya : 

“Ya Allah aku mohon kepada mu akan keelokkan akhlak dan keringanan dari rasa sakit. Wahai Tuhan yang mencipta satu jiwa dari satu jiwa. Wahai Tuhan yang melepaskan satu jiwa dari satu jiwa. Wahai Tuhan yang mengeluarkan satu jiwa dari satu jiwa lepaskanlah bagiku. 

 Ya Allah Tuhan yang memudahkan yang tersangat payah. Wahai Tuhan yang melembutkan akan besi. Wahai Tuhan yang meluluskan hukuman yang menyakitkan. Wahai Tuhan yang setiap hari dengan perintah-Nya yang baharu keluarkan dari tempat yang sempit kepada seluas-luas jalan. Kepada Mu aku serahkan perkara yang aku tidak mampu.

 Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah. 
 Ya Allah tiada yang mudah melainkan apa yang Engkau jadikanya mudah. Dan jika Engkau mahu nescaya Engkau jadikan kesedihan itu kemudahan. 
 Wahai Tuhan yang hidup yang berdiri sendiri dengan rahmat Mu aku meminta pertolongan.”

SUMBER - Ustaz Azhar Idrus


Post a Comment

Previous Post Next Post