Adik saya telah berkahwin selama 11 tahun tetapi tidak mendapat anak. Dia ada bernazar jikalau dia dapat anak dia akan menunaikan haji.
Soalannya adakah wajib dia tunaikan selepas dapat tahu isterinya mengandung atau selepas beranak?
Hukum Berkenaan Nazar Tunaikan Haji Jika Mempunyai Anak Credit Pic : SUMBER |
NAZAR DENGAN AMALAN YANG WAJIB
Hukum Berkenaan Nazar Tunaikan Haji Jika Mempunyai Anak
JAWAPAN :
Hendaklah diketahui bahawa nazar itu hanyalah sah jika digantungkan dengan melakukan perkara kebajikan yang sunat hukumnya.
Tidak sah bernazar hendak melakukan perkara yang wajib seperti bernazar hendak tutup aurat atau bernazar hendak pergi haji kerana menutup aurat itu wajib ia atas sekelian mukallaf samada dia bernazar atau tidak tetap wajib atasnya menutup auratnya dan begitu juga pergi haji itu wajib bila sudah ada kemampuan samada dia bernazar atau tidak tetap wajib dia pergi menunaikan haji.
Tersebut pada himpunan fatwa negeri Mesir :
ويصح النذر في العبادات المقصودة؛ وهي التي شرعت للتقرب بها كالصوم، والصلاة، والصدقة، والحج، والاعتكاف، والعتق، والذبح: فهذه تلزم بالنذر بلا خلاف، ولكن الواجبات التي أوجبها الشرع الشريف لا يصح نذرها؛ لأنها واجبة بإيجاب الشرع، فلا معنى لالتزامها، وذلك كنذر الصلوات الخمس وصوم رمضان : دار الإفتاء المصرية
Artinya : “Dan sah bernazar pada melakukan ibadat-ibadat yang telah dimaksudkan yaitu ibadat yang disyariatkan untuk mendekatkan diri dengan ibadat tersebut kepada Allah seperti puasa dan solat dan sedekah dan haji dan iktikaf dan merdekakan hamba sahaya dan sembelih. Maka semua ini mewajibkan berlaku nazar tanpa khilaf akan tetapi segala yang wajib ini yang telah diwajibkan oleh syarak tiada sah dinazarkannya kerana sungguhnya ia sudah wajib disisi syarak. Maka tidak ada makna mewajibkannya sekali lagi. Yang demikian itu seperti bernazar hendak menunaikan solat lima waktu.” (Darul Ifta Mesir)
Maka terjawab persoalan jika adik tuan belum lagi menunaikan fardu haji maka tidak sah dia bernazar hendak pergi haji kerana wajib atasnya pergi menunaikan haji samada mendapat zuriat atau tidak.
Ada pun jika adik tuan telah menunaikan fardu haji sebelum ini maka sah nazarnya itu kerana haji sudah tidak menjadi kewajipan atasnya maka jadilah ia wajib dengan sebab nazar dan masa wajib menunaikan nazar itu ialah selepas melahirkan anak dan dalam musim haji.
SUMBER - Ustaz Azhar Idrus
Post a Comment