Artikel Terkini

Skop Tugas Pembantu Operasi N11 Yang Sebenar 2019


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah lama saya tak update pasal skop tugas ni kan. Tak sempat nak karang buat ayat elok-elok beberapa bulan ni. Busy sikit dengan projek , sekarang dh habis projek boleh la fokus kejap pada blog dan travel bersama family. 


Skop Tugas Pembantu Operasi N11 Yang Sebenar 2019
Skop Tugas Pembantu Operasi N11 Yang Sebenar 2019
Credit Pic : SUMBER
Untuk entri kali ni, saya nak kongsikan skop tugas Pembantu Operasi N11. Adakah anda pernah dengar Pembantu Operasi N11 ? Sebenarnya Pembantu Operasi N11 ni kerja bersama Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)N19. Kiranya membantu PTPO dalam melincinkan pentadbiran khususnya. 


Skop Tugas Pembantu Operasi N11 Yang Sebenar 2019


Jawatan ni boleh naik gred sampai N16. Kiranya Dari Gred 11 ke Gred 14 dan last ke Gred 16. Pembantu Operasi N11 ni dimana-mana kementerian pon ada. Skop tugas Pembantu Operani N11 ni atau lebih  dikenali PO ni adalah sama sahaja di mana2 jabatan atau kementerian. 

Pembantu Operasi N11 ni ada unform tak kiralah lelaki atau perempuan. Warna uniform PO ni ialah baju berwarna biru muda dan seluar bewarna biru gelap atau hitam.

Ok jom saya huraikan skop tugas Pembantu Operasi N11 ni ialah : 

- Membuat salinan (fotostet) setiap surat-surat yang diminta sebanyak mana yang diperlukan dari pengawai yang berkehendakkan khidmat tersebut.

- Memastikan mesin fotostet sentiasa dalam keadaan yang baik.

- Memastikan kertas dan toner sentiasa mencukupi.

- Membantu PT fail dalam urusan pelupusan fail atau rekod.

- Memasukkan nombor bilangan surat serta mengemaskini kertas minit setiap kali surat dimasukkan ke dalam fail.

- Membawa kenderaan jia kekurangan pemandu dengan kebenaran Ketua Pengarah.

- Menggantikan tugas-tugas Pembantu Awam atau Pembantu Operasi lain sekiranya bercuti atau bertugas luar.

- Membantu PT Aset menyimpan barangan , aset dan bekalan alat tulis di tempat yang ditetapkan.

- Membuat kerja-kerja binding 

- Dan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua cawangan.

Rahsia Mudah Lulus Temuduga Kerajaan - Klik disini - 

Baiklah, itulah sedikit sebanyak skop tugas Pembantu Operasi N11 yang boleh dijadikan panduan untuk anda. Di lain entri saya akan kongsikan pula skop tugas Pengawai Khidmat Pelanggan N19.

Baca Juga : Pengalaman Temuduga Pembantu Awam SUK Pulau Pinang

No comments:

Post a Comment