PERTANDINGAN MENAMAKAN 3 EKOR ANAK HARIMAU ZOO TAIPING & NIGHT SAFARI.

Pertandingan Menamakan 3 Ekor Anak Harimau Zoo Taiping & Night Safari
Pertandingan Menamakan 3 Ekor Anak Harimau Zoo Taiping & Night Safari

Bersempena Sambutan Hari Harimau Sedunia yang akan disambut pada 29 Julai setiap tahun, Zoo Taiping Night Safari menganjurkan Pertandingan Menamakan 3 ekor Anak Harimau Malaya. 


PERTANDINGAN MENAMAKAN 3 EKOR ANAK HARIMAU ZOO TAIPING & NIGHT SAFARI.

Kelahiran tiga ekor anak Harimau Malaya pada 12 April 2020 yang kini sudah berusia lebih 3 bulan dilahirkan oleh ibunya yang bernama 'Baby' dan bapanya bernama 'Raja' .Jantina anak harimau ini adalah seekor jantan dan dua ekor betina.

Anda hanya perlu klik link dibawah untuk menyertai pertandingan ini:


 Syarat- syarat pertandingan adalah seperti berikut ;-


1. Penyertaan ini adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia sahaja.

2. Nama yang dicadangkan haruslah ringkas dan mudah untuk disebut.

3. Tidak mempunyai maksud yang boleh menyinggung perasaan serta menyentuh sensitiviti.

5. Setiap peserta hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja.

6. Tarikh tutup penyertaan adalah 31 JULAI 2020, sebelum jam 12.00 TENGAHARI.

Hadiah istimewa berupa Wang Tunai berjumlah RM500.00 bagi setiap nama anak harimau tersebut dan cenderahati dari produk pelancongan Taiping dan Zoo Taiping & Night Safari. Usah berlengah. Jom sertai pertandingan ini sekarang juga. Mungkin anda antara yang bertuah !!!


Post a Comment

Previous Post Next Post