Tarikh Bayaran BSH Fasa 3 2020 Terkini
Seperti yang diumumkan oleh Kerajaan, pembayaran Bantuan Sara Hidup atau BSH 2020 Fasa Ketiga akan dilaksanakan mulai 24 Julai 2020 (Jumaat) berdasarkan kategori BSH 2020 merangkumi bilangan anak tanggungan dan baki nilai BSH 2020 yang akan diterima.Tarikh Bayaran BSH Fasa 3 2020 Terkini Credit Pic : SUMBER |
Peruntukan yang digunakan adalah sebanyak RM3.0 bilion dan memanfaatkan hampir 4.28 juta untuk penerima BSH merangkumi 3.75 juta isi rumah dan 0.53 juta bujang (40-59 tahun).
Tarikh Bayaran BSH Fasa 3 2020 Terkini
Bantuan Sara Hidup juga akan diterimal kira-kira 3.8 juta anak penerima BSH berumur 18 tahun ke bawah. Perincian nilai BSH 2020 yang diterima termasuk anak yang layak adalah seperti berikut
:
a) Baki BSH 2020 dan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) 1:
Untuk Pendapatan Bawah RM2,000
- Kategori Isi Rumah => RM600
- Kategori Bujang => RM400
Untuk Pendapatan (RM2,001-RM3,000)
- Kategori Isi Rumah => RM350
Untuk Pendapatan (RM3,001-RM4,000)
- Kategori Isi Rumah => RM100
* Bagi permohonan baharu BSH yang layak tetapi belum menerima bayaran Fasa 1 dan 2, bayaran berkenaan akan dibuat secara sekaligus dalam pembayaran Fasa 3 mengikut nilai kelayakan kategori BSH 2020.
b) Kadar tambahan sebanyak RM120 bagi setiap orang anak berumur 18 tahun ke bawah (terhad kepada 4 orang anak sahaja) seperti berikut :
Bilangan Anak :
1 = RM120
2 = RM240
3 = RM360
4 = RM480
Bayaran kadar tambahan ini akan dibuat secara sekaligus pada pembayaran Fasa 3 BSH 2020.
Secara ringkasnya, sebagai contoh sekiranya Encik Azman berpendapatan di bawah RM2,000 dan mempunyai 4 orang anak yang layak, Encik Azman akan mendapat RM1,580 merangkumi pembayaran sebanyak RM300 pada Fasa Pertama (Januari 2020), RM200 pada Fasa Kedua (Mac 2020) dan RM1,080 pada Fasa
Ketiga (Julai 2020).
Bayaran BSH ini adalah lebih meluas kerana turut mengambil kira bilangan anak yang layak dalam setiap keluarga. Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing yang telah didaftarkan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran boleh dituntut secara
tunai di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga 31 Disember 2020.
Bagi memastikan program BSH 2020 disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 7 Ogos 2020 hingga 6 September 2020. Dengan adanya proses rayuan ini, sebahagian daripada mereka yang telah ditolak permohonannya masih diberi ruang untuk mengemukakan rayuan beserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh LHDNM.
Permohonan Rayuan BSH 2020 boleh dibuat secara dalam talian di portal BSH https://bsh.hasil.gov.my atau pemohon boleh hadir di mana-mana Cawangan LHDNM/ Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (Urban Transformation Centre - UTC).
*Nota :
Data bayaran BSH Jumlah bayaran Jumlah penerima Bulan pembayaran (Tahun 2020)
Fasa 1 - RM1.1 bilion (3.8 juta) => Januari
Fasa 2 - RM0.76 bilion (3.8 juta) => Mac
Fasa 3 - RM3.0 bilion (4.28 juta) => Julai
SUMBER
Post a Comment