Anda mungkin pernah merasakan tiba-tiba pasangan anda menunjukkan perubahan tanpa alasan yang jelas, seperti menjadi lebih pendiam, cuek, terlihat murung, dan lainnya. Ya, kerap ada masanya ketika lelaki itu berubah menjadi sosok yang berbeza, dan anda sebagai perempuan merasa sukar untuk memahami alasan perubahan tersebut.

Kenapa Lelaki Tiba-Tiba Berubah Sikap
Kenapa Lelaki Tiba-Tiba Berubah Sikap
Credit Pic : SUMBER

Sebetulnya, ada alasan tertentu yang membuatkan lelaki berubah secara tiba-tiba. Alasan-alasan ini mungkin tidak mudah anda fahami, tetapi ketika dilihat secara terperinci, anda akan mudah menerima dan mengerti. 

Kenapa Lelaki Tiba-Tiba Berubah Sikap


Berikut adalah beberapa alasan, mengapa pasangan anda tiba-tiba menjadi lelaki yang berbeza, seperti dilansir dari Boldsky.


1. Emosi

Perempuan selalu dibilang makhluk yang emosi. Padahal, ada hal-hal dan waktu tertentu sahaja yang juga boleh mengubah lelaki menjadi lebih emosi daripada perempuan. Lelaki dewasa saat ini cenderung lebih beremosi dibandingkan dengan lelaki generasi terdahulu. Emosi dapat mengubah seorang lelaki dalam banyak cara dan dalam waktu singkat.


2. Kesepian

Beberapa orang mungkin sering merasa kesepian kerana keadaan yang berseorangan. Dalam hal lelaki, mereka berubah menjadi seseorang yang sukar didekati ketika sedang menghadapi masalah. Kebanyakan lelaki adalah introvert, sehingga ketika mereka merasa kesepian, mereka memilih untuk menghindar. Ini boleh menyebabkan menjadi salah satu alasan mengapa pasangan anda berubah.


3. Kedewasaan

Terkadang, kedewasaan mengubah mereka untuk menjadi orang lain dan tingkah laku yang lebih bijaksana. Lelaki yang sebelumnya dikenal periang atau lucu, boleh berubah menjadi yang sangat serius kerana faktor kedewasaan. Perubahan ini mungkin dibantu oleh penurunan kadar hormon testosteron secara almi ketika seorang lelaki menua.


4. Pernikahan

Perempuan sangat sukakan dengan pernikahan, dan merasa bahagia jika dapat berjalan dengan pasangan yang mereka cintai. Tapi tidak bagi seorang lelaki. Di satu sisi, mungkin ada ketakutan tidak ingin menetap bersama dengan perempuan yang sama seumur hidupnya, apalagi jika usianya masih dianggap muda. Lelaki lebih suka kebebasan dan ketenangan. Mereka suka hidup bebas tanpa terganggu oleh tekanan apa pun. Pernikahan untuk lelaki seakan menjadi beban pada tahap awal. Para pengkaji menemukan bahawa pergaduhan besar, kemungkinan akan terjadi pada lelaki berusia kurang dari 30 tahun, jika ia menikah muda.


5. Menjadi seorang ayah

Menjadi seorang ayah dapat mengubah seorang lelaki sepenuhnya. Menjadi ayah akan mengubah caranya untuk menjalani kehidupan. Ia akan menjadi lebih bertanggungjawab. Pendekatannya terhadap segala sesuatu pun berubah. Tingkah lakunya akan juga berubah dan akan sukar bagi anda untuk memahaminya. Menjadi ayah adalah perubahan terpenting yang dialami oleh seorang lelaki yang bergelar ayah.

SUMBER

Baca Juga : Benarkah Rasa Cinta Saja Tidak Cukup Jika Di Alam Perkahwinan?

Post a Comment

Previous Post Next Post