Benarkah Rasa Cinta Sahaja Tidak Cukup Jika Di Alam Perkahwinan. Kita hanya akan benar-benar mengenali seseorang itu setelah berkahwin dengannya, tidur sebantal dengannya, makan sepinggan dan duduk sebumbung. Baru tahu masa itu dia tidur berdengkur, baru tahu rupanya jenis lepas berak tak pandai nak ‘flush’, baru tahu dia cepat stress kalau ada masalah, baru tahu dia seorang pemarah apabila ditegur, baru tahu, baru tahu dan baru tahu.
Benarkah Rasa Cinta Saja Tidak Cukup Jika Di Alam Perkahwinan? Credit Pic : SUMBER |
Bercinta hatta 10 tahun, gayut tiap-tiap malam, dating tiap-tiap hari belum cukup untuk mengenali hati budi seseorang. Perkahwinan bukan hanyalah tentang dating halal, snap gambar romantik, dapat konvo bersama-sama, boleh pegang-pegang tangan, boleh makan bersuap, semua yang sweet-sweet manis-manis belaka deh (sampai diabetes katanya), everything goes smooth all the time and live happily ever after.
Benarkah Rasa Cinta Saja Tidak Cukup Jika Di Alam Perkahwinan?
Kalau kamu lihat yang indah-indah belaka daripada kawan yang baru kahwin, itu semuanya hanya apa yang dia mahu perlihatkan kepada dunia. Realitinya susah payah perit air mata yang disembunyikannya. Siapa yang tahu? Tiada siapa yang tahu. Kita hidup di alam realiti, bukan fantasi. Jangan hanya berangan yang indah-indah tanpa memikirkan AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yang bakal dipersoalkan kelak.
Alasan sudah mengenali pasangan sudah lama atau untuk ‘elak maksiat‘ saja tidak mencukupi untuk kahwin segera. Sebab jika masa bujang gunakan alasan kahwin untuk pelihara maruah tapi bagaimana pula kamu yakin bahawa kamu dapat menjaga maruah diri selepas nikah?
Kalau sebelum kahwin kita sudah tidak mampu bersabar atau bertahan dengan ujian yang kecil atau sedikit, bagaimana kamu jangkakan untuk bersabar dan bertahan dengan ujian yang besar dan banyak selepas berkahwin nanti?
Bersediakah kamu, pulang kerja dalam keadaan letih, lapar, mengantuk tetapi bersabar apabila isteri kamu tak masak sebab alahan mengandung atau anak pula yang meragam. Bolehkah kamu TETAP TERSENYUM, menyinsing lengan memasak di dapur kemudian menyuapkan makanan ke mulut isteri kamu yang juga lapar, urus kencing berak dan mandikan anak-anak untuk memberi isteri ruang untuk dirinya berehat? Basuh, lipat baju yang menimbun? Atau kamu akan sengaja pulang lewat sebab mahu lari dari menjaga anak-anak dan makan sahaja di luar?
Yang perempuan sudah bersediakah untuk mentaati seorang lelaki bergelar suami yang baru hadir dalam hidup, bersediakah menanggung jerit perih alahan mengandung, sakitnya bersalin, berpantang, realiti anak mahu mengempeng dengan kamu berjam-jam sampai badan menggigil lapar dan lesu yang teramat? You are giving your life for your children. JANGAN MIMPI hendak makan, mandi, tidur dengan aman selagi mempunyai anak masih kecil.
Apabila kamu memberontak marahkan orang tua, kenapa susahkan orang nak kahwin. Padahal kamu tidak sedar. Ibu bapa sedang mendidik kamu bahawa kehidupan selepas kahwin itu BUKAN MUDAH sebab itu mereka mahu kamu berdikari sekurang-kurangnya cuba hadapi susah sendiri tanpa harapkan orang lain sebab kahwin memang senang tetapi menjadi ketua keluarga dan ibu rumah tangga itu tidak mudah !!!
Tak sedikit yang rumah tangganya runtuh disebabkan masalah KEWANGAN, TIDAK FAHAM dan TIDAK MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB, TIADA KEPERCAYAAN, PERSEFAHAMAN serta lain-lain. Walaupun asalnya perkahwinan itu diawali atas dasar cinta yang mendalam.
Malangnya kita hanya menyedari setelah kahwin. Untuk menjayakan hidup berumah tangga. Cinta saja tak cukup rupanya. Barulah kita sedar quote ‘rezeki setelah nikah’ itu perlu diusahakan dan disertakan dengan ujian bukannya terus bergolek masuk dalam mulut.
Cuma ketika itu baru kita sedar, betul apa mak ayah kata… “cinta saja tak cukup”.. Moga Allah mudahkan perjalanan kami ……….**Pesanan buat yang belum berkahwin.
Baca Juga : Tanda-Tanda Lelaki Tidak Suka Kita
Post a Comment