Pernahkah anda melihat, seseorg yg mengambil wudhuk dan pada masa yg sama bercakap? Perkara ini bukanlah masalah baru dan topik ini seringkali menjadi perbualan. Namun, dari segi hukum Islam bagaimana?
Apakah Hukum Mengambil Wudhuk Sambil Bercakap Credit pic : SUMBER |
Soalan:
Apakah hukum bercakap semasa sedang mengambil wudhuk? Adakah ia membatalkan wudhuk dan perlu mengambilnya semula?
Perlukah diulang sebanyak 3 kali untuk setiap tertibnya ketika berwudhuk? Bagaimana pula kalau tertukar susunan tertib misalnya menyapu air di lengan terlebih dahulu, baru di muka?
Jawapan :
Bercakap semasa mengambil wudhuk adalah makruh dan tidak sampai membatalkan wudhuk. Sebaiknya janganlah bercakap tatkala berwudhuk. Kita seharusnya berwudhuk dengan sempurna untuk bertemu dengan Allah (Solat).
Manakala mengulang-ulang sebanyak 3 kali setiap perbuatan wudhuk adalah sunat dan mendapat pahala.
Rukun niat iaitu niat, membasuh muka, membasuh tangan hingga ke siku, menyapu kepala dan membasuh kaki mesti dilakukan dalam susunan tertibnya yg betul. Sekiranya tertib susunannya tidak betul, wudhuk kita dikira tidak sah.
SUMBER
Baca Juga : Hukum Orang Tua Perintahkan Anak Lelakinya Menceraikan Si Isteri
Post a Comment