Koleksi Soal Jawab Agama
Hukum Melaungkan Azan Menggunakan Rakaman CD Credit pic : SUMBER |
Hukum Melaungkan Azan Menggunakan Rakaman CD
Soalan :
Saya ingin bertanya adakah boleh peranan bilal/muazzin sebagai org yg melaungkan azan digantikan dengan laungan azan melalui rakaman menggunakan CD?
Jawapan :
Seelok-eloknya azan dilaungkan oleh muazzin atau bilal. Oleh itu, rakaman azan melalui CD tidak boleh menggantikan tuntutan seruan azan atau iqamah yg telah disyariatkan kerana penggunaan CD menghilangkan banyak sunnah-sunnah azan seperti muazzin atau bilal perlu berniat, mengadap kiblat dalam keadaan suci dan sebagainya.
Ini berdasarkan hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim yg bermaksud : Apabila masuk (waktu) solat hendaklah salah seorg kamu azan, kemudian hendaklah yg paling tua daripada kamu mengimamkan kamu. Hal ini menunjukkan Rasulullah SAW menyuruh seorg manusia azan dan iqamah ketika hendak mendirikan solat lima waktu.
SUMBER
Post a Comment