Suami yang tekal dengan cinta sejatinya bukan hanya menjadi teman pendamping tetapi juga menjadi teman pembimbing. Menjadi insan yang bermanfaat dan tidak rela bermaksiat. Hebat berbuat taat dan enggan tersesat. Ikhlas dalam niat, kepada Allah digantung segala hajat. Lahir satu kesedaran bahawa daripada Allah kita datang dan kepadanya jua kita akan kembali
Setiap pasangan perlulah menerima kekurangan pasangan dan berusaha membaiki apa yang kurang. Contohilah kisah yang berlaku pada Saidina Umar al-Khattab sebagai panduan dan tauladan. Diriwayatkan bahawa seorang lelaki pergi ke rumah umar untuk mengadu perihal isterinya. Maka dia berhenti di hadapan pintu Umar sambil menunggu beliau keluar.
Ketika itu, lelaki itu terdengar leteri isteri Umar dan khalifah itu hanya berdiam sahaja. Melihat sedemikian, lelaki itu terus pulang ke rumahnya sambil berkata sendirian ''Jika itu tindakan Umar terhadap isterinya sedangkan sedia maklum mengetahui sikap umar yang garang dan tegas, maka siapalah aku?''
Contohilah juga baginda Nabi Muhammad SAW, umar dan sahabat lain dalam mengemudi bahligai perkahwinan rumah tangga. Jadilah isteri sebagai teman. Jika suami megimpikan seorang isteri yang solehah sudah pasti suami itu sendiri perlu memperbaiki dan berusaha menajdi seorang suami yang soleh dahulu.
Bukti Suami Mencintai Isteri Kerana Allah
Seseorang mukmin yang sempurna imannya ialah orang yang paling baik budi pekertinya, dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik pada isterinya. (Riwayat al-Tirmizi)
Bukti Suami Mencintai Isteri Kerana Allah Credit pic : SUMBER |
Bukti Suami Mencintai Isteri Kerana Allah Ialah :
1. Isteri selamat daripada kejahatan dan perlakuan buruk suami.
2. Sangat mencintai Allah.
3. Taat kepada Allah.
4. Mengajak isteri dan anak-anak mencintai Allah dan berbuat taat.
5. Jauh dan terpelihara daripada kelalaian dan dosa.
6. Tidak mengharapkan balasan kecuali daripada Allah.
Cara Menangani Suami Yang Bermasalah > Klik Disini <
Kita memang tidak pernah tahu apa yang akan terjadi di masa depan, namun yakinlah sama ada indah atau tidak ...pasti ada kebaikan yang menanti. Allah hanya memberikan yang terbaik buat hambanya.
Post a Comment