Koleksi Soal Jawab Agama
Dari segi bahasa puasa bermaksud menahan diri daripada melalukan sesuatu. Dari segi syarak pula puasa bermaksud menahan diri pada waktu siang daripada melakukan perkara-perkara tertentu dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
Puasa juga boleh difahami sebagai mencegah diri daripada memenuhi dan melayan tuntutan syahwat perut seperti memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan pada waktu yang tertentu iaitu dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
Puasa sunat ialah puasa yang sangat digalakkan dan mendapat pahala yang banyak jika dilakukannya. Orang gila dikecualikan daripada perintah puasa kerana tidak memenuhi wajib puasa.
Sesungguhnya puasa adalah ibadat yang penuh dengan segala keistimewaan terutamanya puasa Ramadhan. Puasa yang dilakukan dengan sempurna meletakkan orang yang berpuasa mendapat ganjaran yang tidak terhitung banyaknya ibarat lautan tidak bertepi yang disediakan oleh Allah SWT. Namun begitu lagi cantik bagi seseorang muslim yang telah berpuasa di bulan Ramadhan supaya berpuasa sunat mengikut pilihan dan kemampuan diri sendiri dan dia lebih mendekatkan lagi dirinya dengan Allah SWT.
Adakah Perlu Menggantikan Puasa Sunat Setelah Terbatal
Adakah Perlu Menggantikan Puasa Sunat Setelah Terbatal
|Credit pic : SUMBER |
Soalan :
Saya pernah mengerjakan puasa sunat pada hari khamis. Kebetulan pada hari itu saya sedang bercuti. Saya telah membatalkan puasa saya dengan melakukan hubungan intim bersama isteri saya.
Adakah saya perlu menggantikan puasa sunat saya itu dan adakah perlu membayar fidyah
Jawapan :
Tidak wajib menggantikan puasa dan tidak perlu membayar fidyah kerana ia hanya puasa sunat. Puasa sunat tidak wajib diqada' apabila luput.
SUMBER 1
SUMBER 2
Post a Comment