Dalam apa jua jenis rezeki yg kita perolehi, semua itu tidak lain dan tidak bukan adalah daripada Allah SWT. Setiap pekerjaan yg kita lakukan merupakan satu ibadat selagi ia diiringi dengan niat yg baik dan tidak melanggar hukum tuhan. Kerja apa2 sekali pun, jika halal hidup akan berkat.

Sebab-Sebab Kenapa Gaji Kita Sentiasa Tidak Cukup
Sebab-Sebab Kenapa Gaji Kita Sentiasa Tidak Cukup
Credit pic : SUMBER


Tidak dinafikan kekadang kita berasa tidak cukup dengan gaji yg kita perolehi dan itu tandanya seseorg yg  mendapat rezeki tanpa keberkatan. Sebagai contoh, gaji baru saja masuk tetapi duit rasa kejap sangat habis dan x tahu kemana perginya duit-duit itu.

Sebab-Sebab Kenapa Gaji Kita Sentiasa Tidak Cukup 


Mari kita semak kembali kenapa kita sentiasa tidak cukup duit walaupun gaji dah berpuluh ribu. Ada saja kekurangan dan masih tidak puas lagi dengan apa yg seseorg itu ada.


1. Tanggungjawab Kepada Ibubapa

Salah satunya adalah lupa akan tanggungjawab kepada keluarga. tidak memperdulikan keperluan dan kehendak mereka. Jarang bertanya khabar dan terlalu sibuk dengan hal peribadi sehingga lupakan ibu bapa. Jadi, keredaan ibu bapa adalah penting dan perlu didahulukan terlebih dahulu dalam setiap perkara.


2. Kedekut

Kita kedekut dan berkira dalam nak infaq kepada org yg memerlukan, tak nak membelanjakan harta ke jalan Allah. Sebagai contoh menunaikan zakat, dia adalah wajib. Dengan cara itu harta dapat menyelamatkan manusia daripada azab pada hari akhirat. Jangan pernah ragu-ragu dengan rezeki yg Allah beri pada kita kerana lagi banyak kita menderma dan memberi, lagi banyak yg kita akan dapat.


3. Salahkan Orang Lain

Sering saja menyalahkan org lain dalam apa jua perkara. Ada saja yg x ekna dan semua bukan kesalahan yg dilakukan diri sendiri. Tak pernah mengaku salah dan meminta maaf jika membuat silap dan salah.


4. Hubungan Antara Keluarga

Dalam dunia ini, kita x akan ada sesiapa yg sudi menjaga dan medengar luahan kita ketika susah melainkan keluarga. Selain ibubapa, adik beradik juga adalah rakan terbaik kita. Bergaduh mcm mana pun, air dicincang x akan putus. Bahagiakan adik beradik kita juga.


5. Perbuatan Kotor

Jika kita seorg yg 'pengotor' dalam fikiran, percakapan dan tindakan kita, semua yg dikeluarkan bakal menyakitkan hati org sekeliling. jaga percakapan dan perbuatan kita supaya dapat keredaan Allah.


6. Solat

Solat mnerupakan suatu 'doa' dan cara kita berkomunikasi dengan pencipta. Jangan sesekali melaksanakan solat sambil lewa sahaja. Selain itu, jangan suka menangguhkan banyak perkara termasuk solat. Ini masalah paling utama umat Islam. Dari solat sehinggakan ke fardhu kifayah.


7. Leka

Terlalu leka dengan duniawi, mengejar kemewahan sampai lupa kimta masih ada akhirat. Janganlah kita terlalu tamak mengejar kesenangan di dunia sehingga lupa bahawa segala kesenangan tersebut hanyalah sementara. Dunia ini hanyalah persinggahan untuk kita manakala akhirat adalah alam yg kekal abadi buat kita.


SUMBER


Post a Comment

Previous Post Next Post