Setiap manusia yg Allah cipta akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup di dunia yg sementara ini. Tipulah jika seseorg itu berkata yg dia x pernah ditimpa musibah dan masalah. Setiap org ada masalahnya tersendiri, Allah uji dengan pelbagai ujain tetapi sebabnya adalah sama.
Kenapa Tuhan Menguji Kita Dengan Musibah Dan Ujiannya?
Allah menguji seseorg itu kerana Allah mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada hendak menambahkan iman kita atau hendak menguji sejauh mana keimanan kita.
Kenapa Tuhan Menguji Kita Dengan Musibah Dan Ujiannya? Credit pic : SUMBER |
Kekadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah kenapa kita diberi ujian yg sngt berat sekali? Sehingga kita terlupa pada siapa kita harus meminta kembali kekuatan kita.
Kita selalu tidak redha dalam menghadapi ujian yg Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yg besar, kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yg mengalaminya. Mungkin ada sahabat2 kita atau saudara seakidah kita yg lain menghadapi musibah yg sama bahkan lebih teruk dari kita.
Bukankah Allah terlah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yg Allah x akan sekali-kali mnenguji hambaNya diluar kemampuan hanbaNya. Allah tahu kita boleh bertahan dalam menghadapi setiap ujianNya, jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita mengikut kemampuan kita sendiri.
Allah menguji seseorg itu bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah, Allah sngt sygkan kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah bersabar dalam menghadapi ujianNya.
Jadi seharusnya apa yg perlu kita lakukan?
Berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yg sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah. Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing.
Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yg sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah. Apa yg ditetapkan untuk kita, itulah yg terbaik.
SUMBER
Post a Comment