Susu ibu merupakan sumber makanan yang lengkap; ia mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh bayi anda. Ia mengandungi sekurang-kurangnya 400 jenis nutrien termasuk hormon dan bahan melawan penyakit yang tidak terdapat dalam susu formula. 

Teknik Penyusuan Badan Yang Betul
Teknik Penyusuan Badan Yang Betul
Credit Pic : SUMBER

Malah, kandungan nutriennya juga berubah mengikut keperluan bayi anda semasa bayi anda membesar. Ketahui dengan lebih lanjut mengenai bagaimana badan anda menghasilkan susu badan yang betul.

Teknik Penyusuan Badan Yang Betul


1. Mulakan dengan Bismillahirrohmanirrohim. Niat nak susukan anak & doa bagi banyak susu supaya boleh susukan anak sehingga 2 tahun(ni pandai pandai sendiri la kan)

2. Pastikan keadaan diri & sekeliling bersih.

3. Pastikan tempat untuk menyusu selesa. Ada bantal untuk lapik belakang supaya kita boleh duduk dan lunjur kaki(kalau selesa). Kena pastikan badan tegak, bukan menunduk.

4. Kita kena bawa baby ke arah kita. Bukan kita yang tertunduk atau bongkok ke arah baby. Ini penting untuk posture badan.

5. Bila dah selesa, pastikan baby menghadap kita. Bukan badan baby tegak, cuma kepala saja senget ke tepi.

6. Lapik bawah lengan/tangan kita dengan bantal supaya baby tinggi sikit dan boleh ngap puting supaya latching berlaku dengan elok. Ketebalan bantal boleh ikut keselesaan masing2 ya.

7. Untuk bagi baby bukak bibir besar, halakan puting ke arah hidung atau bibir atas baby. Bila baby dah nganga luas, baru masukkan puting & areola ke dalam mulut baby.

8. Kena pastikan puting & areola masuk dalam mulut baby. Gunakan teknik ‘C-shaped’ (guna ibu jari & jari telunjuk) untuk guide puting & areola semasa penyusuan. Kita pun boleh laraskan ikut keselesaan kita & baby.

9. Bagi sebelah dulu. Macam saya baby kurang mahu belah kiri, jadi kena bagi belah kiri dulu untuk ajar dia hisap dengan betul dan dalam masa yang sama boleh tinggikan demand di sebelah kiri. Ingat, bila demand tinggi, supply akan banyak juga. Bila dah habis sebelah kiri, bagi yang kanan pula.

10. Gunakan jari kelingking untuk nak tarik keluar puting lepas baby habis menyusu. Jangan terus tarik sebab boleh menyebabkan puting luka.

11. Sendawakan baby lepas baby menyusu. Kalau susu badan, cukup sekadar urut belakang dia atau tepuk sedikit . Kadang tak bunyi sendawa pun sebab susu badan kan mudah hadam

12. Dah boleh rehat sekejap

Jangan rasa stress ya sebab stress akan mengurangkan kuantiti susu. Pastikan minum air yang cukup setiap hari. Kurang air, kuranglah susu.

Makan mengikut pola masa yang betul. Jangan skip makan. Selain boleh sebabkan gastrik, tak bagus untuk penghasilan susu juga.

Kena make sure posture badan selesa supaya kita dapat rehat sama semasa baby menyusu. Ingat, diri kena selesa & bersih dulu, InshaAllah baby akan gembira sama.

Kalau baby dah buang air besar, bersihkanlah dulu sebelum susukan baby. Dia pun nak selesa juga dan kita taknak lah dia kena nappy rash pulak.Ok, baby dah bunyi tu.
Nanti kita sambung sembang lagi.

SUMBER - Dr Erna Nadia

BacaJuga : Tips Mendidik Anak Supaya Lebih Bertanggungjawab

Post a Comment

Previous Post Next Post