Setiap wanita mengimpikan suami yang bukan sahaja boleh mencurahkan tanggungjawab dan kasih sayang terhadapnya tetapi turut melengkapi setiap kekurangan yang dimilikinya.


Cara Mudah Membahagiakan Isteri Mengikut Cara Islam
Cara Mudah Membahagiakan Isteri Mengikut Cara Islam
Credit Pic : SUMBER


Jika suami anda mempunyai 12 sifat ini, seharunsya anda beruntung kerana memiliki suami yang menjadi kebanggaan sekaligus membuatkan orang di sekeliling cemburu dengan anda.


Cara Mudah Membahagiakan Isteri Mengikut Cara Islam


Mari kita lihat adakah suami anda memiliki ciri-ciri tersebut  : 

1. Selalulah Buat Isteri Bahagia Sepanjang Berada Di Sisinya

Seorang suami bukan sahaja berperanan sebagai seorang teman hidup tetapi harus menjadi seorang yang boleh melengkapi setiap kekurangan isteri. Malah suami juga perlu menjadi seorang 'guru' dalam mendidik isteri. Selain memenuhi keperluan isteri yang membolehkan si isteri rasa bahagia apabila berada dekat dengan suami.


2. Sentiasa Genggam Tangan Isteri Seeratnya

Tanpa melalui kata-kata, suami yang terbaik tidak sesekali melepaskan genggaman isterinya ketika suami menunjukkan cinta dan kasih sayangnya. Suami juga tidak perlulah rasa malu atau segan untuk menunjukkan betapa keprihatinannya terhadap isteri di khalayak ramai kerana suami tahu sikap pedulinya itu akan membuatkan isteri rasa lebih tenang.


3. Cinta Suami Sentiasa Mekar Dan Tidak Pernah Pudar

Jika suami betul-betul mencitai isterinya, suami pasti sanggup melalkukan apa sahaja dan berkorban untuk orang yang disayanginya. Malah cinta yang diberikan kepada isterinya merupakan cinta yang tulus demi mengutamakan kebahagian isterinya dan bukannya bersandarkan nafsu semata-mata ataupun penampilan luaran isterinya sahaja. Mengikut kajian, meluahkan rasa sayang secara teratur perkara terpenting yang boleh mendatangkan kepuasan dalam perkahwinan.


4. Sentiasa Ketawa Bersama Isteri Walaupun Hal-Hal Kecil


Suami yang menjadi pujian isteri merupakan suami yang periang dan punya sifat humor kerana mampu membuatkan isteri sentiasa ceria. Walaupun perkara tersebut dianggap biasa bagi padangan orang lain. Namun disebabkan anda berdua saling memahami sifat humor masing-masing dapat membuatkan hidup anda berdua akan sentiasa diseliputi rasa ceria dan gembira. Apabila isteri rasa gembira bersama orang yang disayangi ini menunjukkan anda seorang suami yang terbaik untuk isteri sekaligus terpancar rasa bahagia dalam rumahtanngga.


5. Masih Menganggap Isterinya Wanita Yang Tercantik

Selakin lama usia perkahwinan anda berdua, pasti isteri akan dimamah usia dan penampilan fizikal isteri juga berubah. Wajah yang tegang mulai kendur, rambut yang hitam mulai putih dan badan yang kurus semakin berisi. Sebagai seorang suami yang terbaik, dimatanya tetap menganggap isterinya wanita yang tercantik dan masih menarik sama seperti kali pertama anda berdua bertemu. Malahd alam diam, suami masih cuba mencuri padangan terhadap isterinya tanpa isterinya sedar, selain mulutnya sering memuji kecantikan isterinya.


6. Ringan Tulang Membantu Isteri Tanpa Disuruh

Jika anda meyayangi isteri, seorang suami tidak akan membiarkan isterinya sahaja yang terbeban dengan segala urusan di rumah. Suami haruslah sama-sama meringankan beban isteri dalam menguruskan rumahtangga. Malah suami sanggup menggantikan tugas isteri tanpa mengeluh saat melakukannya.


7. Berbincanglah Dan Minta Pandangan Isteri Sebelum Membuat Sebarang Keputusan

Apanila suami meminta padangan isteri sebelum memutuskan seuatu perkara atau anda dijadikan rujukan untuk merungkaikan masalahnya. Ini menunjukkan bahawa isteri dianggap insan terpenting dalam hidupnya. Malah suami juga perlu percaya dan menghargai apa jua keputusan yang isteri lontarkan. Tidak semestinya setiap pandangan isteri harus diterima namun setidak-tidaknya isteri juga berperanan dalam memberikan padangan dan nasihat terhadap sesuatu perkara yang suami sedang fikirkan.


8. Sering Membanggakan Isteri Di Hadapan Temannya

Walaupun isteri tiada di sisi, suami yang terbaik sentiasa membanggakan orang yang disayanginya di hadapan teman-temannya. Suami yang baik sama sekali tidak malu memiliki isterinya walaupun apa jua keadaan isterinya. Malah suami juga tidak malu memberitahu temannya yang dia bersyukur dan bangga kerana memiliki wanita seperti isterinya, selain menganggap isterinya istimewa dan menjadi keutamaan dalam hidupnya.


9. Tetap Makan Masakan Isteri Walaupun Tidak Sedap

Suami yang baik akan tetap jua menjamahapa jua masakan isterinya dan tidak terus memarahi isteri walaupun mungkin masakan itu kurang dengan selera suami. Bagi mengekalkan keharmonian dalam rumahtangga, suami yang baik akan menegur masakan isterinya dengan cara yang paling lembut kerana tidak mahu melukakan hati isterinya dan tidak jemu-jemu memberi semangat untuk terus mencuba agar masakannya dapat diperbaiki.


10. Sentiasa Bantu Isteri Jadi Insan Yang Lebih Baik

Semua manusia pasti memiliki kekurangan. Walaupun mungkin isteri kurang sempurna dalam banyak perkaram suami yang terbaik akan memberikan sokongan untuk isteri terus menjadi orang yang terbaik di masa akan datang. Sama sekali suami tidak menyesal memperisterikan anda walaupun isternya ada kekurangan. Selain tidak pernah lelah untuk mengajar dan memberikan yang terbaik agar isterinya menjadi wanita yang hebat dalam semua perkara.


11. Tidak Jeling Wanita Lain Kerana Sangat Mencintai Isterinya

Tidak ramai lelaki seperti ini. Seorang suami yang baik tidak akan menjeling pada nita lain kerana tahu isterinya pasti akan cemburu. Malah suami akan sentiasa setia dan tidak pernah berpaling daripada isterinya walaupun mungkin ada godaan daripada wanita lain. ini kerana suami begitu sangat menghormati perasaan isterinya kerana tidak mahu isterinya terluka sama sekali. Selain menghargai pengorbanan isterinya dalam memberikan sepenuh kasih sayang terhadap suami dan keluarga.


12. Sentiasa Mengembangkan Hubungannya Dengan Sang Pencipta

Sebagai imam dalam keluarga, suami yang baik akan sentiasa menjaga hubungan dengan Allah SWT agar keluarganya sentiasa dirahmati dan berasa di jalan yang lurus. Selain itu, Suami berusaha agar ilmu agamanya terus berkembang dengan lebih baik supaya dia dapat memimpin isteri dan anak-anaknya mengikut perintah Yang Maha Esa.

Cara Menangani Suami Yang Bermasalah > Klik Disini <


SUMBER

Baca juga : Ciri-Ciri Suami Mithali


Post a Comment

Previous Post Next Post