Assalamulaikum dan Salam Sejahtera buat pembaca-pembaca semua. Macam mana hari ni sihat x ? Buat entri kali ini, mari kita kupaskan bab Pembantu Perawatan Kesihatan. 


Lapor Diri Pembantu Perawatan Kesihatan U11 2019


Pertama kali, tahniah diucapkan sekali lagi kepada yang berjaya dalam temuduga tersebut. Apakah persediaaan yang telah anda semua telah lakukan ? Adakah tak sabar nak lapor diri pada 29/4/2019 ini ? Dah siap sedia dari segi fizikal dan mental ? Hehehe !! 


Lapor Diri Pembantu Perawatan Kesihatan U11 2019
Lapor Diri Pembantu Perawatan Kesihatan U11 2019
Credit Pic : SUMBER


Yang mana tidak berjaya, jangan mudah berputus asa. Teruskan memohon jawatan ini dan tidak lupa juga memohon jawatan-jawatan lain. Insha Allah, jika tertulis rezeki buat anda..akan tiba jua pada masa yang tepat.

Buat calon simpanan, jangan mudah kecewa, anda hanya selangkah ke lantikan tetap. Jika mana-mana calon lantikan tetap menolak tawaran tersebut. Anda berpeluang menjawat jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan ini. 


Lapor Diri Pembantu Perawatan Kesihatan U11 2019
Lapor Diri Pembantu Perawatan Kesihatan U11 2019



Bagi saya, jawatan Pembantu Perawatan kesihatan ini adalah kerja yang mulia kerana banyak membantu orang yang dalam kesusahan dan kesakitan. Anggaplah pesakit itu semua adalah ahli keluarga anda. Adakah anda akan melayan keluarga anda dengan layanan yang teruk ? Tidak bukan.. !! Jadi, anggap semua pesakit macam ahli keluarga sendiri. Jika anda mempermudahkan segala urusan seseorang, Tuhan akan mempermudahkan kembali urusan anda. 

Seterusnya, saya anggap sesiapa yang dapat menjawat jawatan tersebut adalah bonus kerana jika terdapat ahli keluarga terdekat yang sakit, anda juga adalah orang pertama yang boleh mengendalikan kes-kes tersebut kerana anda mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang tersebut.


Kerjalah dengan niat kerana Allah Taala. Niat kerana ingin membantu masyarakat. Sebagaimana anda ingin orang melayani anda dengan baik, begitu juga pesakit yang inginkan layanan yang baik.

Tak perlulah berdengki sesama rakan sekerja. Jika ada rakan sekerja yang malas, jangan kita mengikut jejak langkah mereka. Teruskan dengan skop tugas kita tanpa memandang dan menoleh ke belakang. Tak mustahil, anda akan berjumpa dengan macam-macam karenah rakan sekerja mahupun pesakit. Anggap itu semua ujian untuk menambahkan lagi keimanan kita.

Tak perlulah anda bermasam muka dengan pesakit, anda juga tidak tahu siapa yang jatuh hati dengan senyuman anda. Jadi, lemparkanlah senyuman selalu. Ringan-ringankanlah menghulurkan bantuan tanpa di minta. Percayalah disebalik kesusahan anda hari ini, akan datang kesenangan di kemudian hari.

Rahsia Mudah Lulus Temuduga Kerajaan > Klik disini <

Akhir kata, anda patut bersyukur kerana Allah mempermudahkan urusan anda dengan memberi pekerjaan yang mulia ini. Bekerjalah dengan ikhlas hati. Masih ada orang yang lain sangat menginginkan pekerjaan ini. Lakukan yang terbaik dalam setiap pekerjaan yang dilakukan. Selamat Maju Jaya saya ucapkan. Doakan saya untuk temuduga seterusnya di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. 

Baca juga  : Keputusan Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan 2019

5 Comments

  1. Haii..betul ke tarikh lapor diri 29/4 ye? Sudah brpa kli kol bahagian sumber manusia..tp tidak berjawab

    ReplyDelete
  2. Haii..betul ke tarikh lapor diri 29/4 ye? Sudah brpa kli kol bahagian sumber manusia tp xberjawab

    ReplyDelete
  3. Haii..nk tnya tarikh lapor dri 29/4 ye?? Sudah kol bahagian sumber manusia tp xberjawab

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post