Bagi pengantin wanita, baju pengantin sememangnya adalah busana yg sngt penting bagi mereka. Ini kerana busana pengantin wanita lebih sukar untuk di buat pilihan berbanding pengantin lelaki. Tidak hanya itu, busana pengantin wanita juga boleh di lihat dalam pelbagai warna dan corak.
Tips Penting Sebelum Membeli Baju Pengantin
Disini terdapat beberapa tips dalam pemilihan baju pengantin yang sesuai dengan majlis perkahwinan anda.
Tips Penting Sebelum Membeli Baju Pengantin Credit pic : SUMBER |
1. Tona Warna Yang Sesuai
Anda perlu mengutamakan warna baju yang sesuai dengan tona warna kulit anda dahulu. Pastikan warna baju tidak membuatkan anda kelihatan pucat atau suram. Pemilihan warna yang sesuai menjadikan anda tampil dan berseri pada hari bahagia anda.
2. Ikut Kemampuan Bajet
Pengurusan kewangan sangat penting dalam kehidupan seharian kita kerana kita perlukannya lagi-lagi jika kita bakal melangsungkan perkahwinan. Tetapkan had harga baju pengantin yang sesuai dengan bajet keseluruhan majlis perkahwinan anda. Sebaiknya jangan menghabiskan terlalu banyak duit semata-mata untuk baju yang hanya dipakai pada hari majlis perkahwinan itu sahaja.
3. Jadi Diri Sendiri
Seeloknya pilihlah baju reka bentuk yang menyerlah keperibadian anda. Biarlah ia reka bentuk yang sesuai dengan mata semua org yg melihat. Piluhlah mengikut naluri peribadi anda.
4. Mengikut Tema Majlis
Tema sesuatu majlis bukan sahaja menentukan warna, malahan juga jenis rekaan baju pengantin tersebut. Contohnya, majlis bertemakan tradisional Melayu, baju pengantin songket adalah lebih sesuai digayakan.
5. Biarlah Bersesuaian
Pastikan ukuran dan rekaan bentuk baju pengantin yang dipilih sesuai dengan badan anda. Seringkali kita nampak rekaan baju itu cantik dan anggun digayakan oleh model tetapi belum pasti ianya sesuai dengan badan anda. Biarlah pemilihan baju itu selesa untuk dipakai sepanjang majlis perkahwinan anda nanti.
Jadi buat bakal-bakal pengantin, pilihlah warna yang besesuaian dengan kulit anda. Jangan memilih warna berdasarkan warna kegemaran anda ditakuti warna tersebut tidak sesuai dengan kulit anda.
SUMBER
Post a Comment