Kerap kali kita terbaca di dada akhbar mahupun di media sosial mengenai suami yang panas baran sehingga sanggup memukul dan mencederakan isterinya. Walaupun kesalahan isteri terlalu kecil namun disebabkan tidak dapat mengawal perasaan menyebabkan si suami sanggup menggunakan kekerasan untuk memuaskan hatinya.

Cara Mengawal Emosi Serta Panas Baran Suami
Cara Mengawal Emosi Serta Panas Baran Suami
Credit Pic : SUMBER


Berdasarkan pendapat org ramai, panas baran juga turut berpunca daripada kisah silam pada masa lampau. Mungkin suami pernah melihat ayahnya memukul ibu lantas hal ini terbawa-bawa sehingga si suami mendirikan rumah tangga.

Cara Mengawal Emosi Serta Panas Baran Suami


Namun dari sudut yang lain pula, bukankah perasaan itu boleh dikawal? Mengapa perlu mengikut hawa nafsu sedangkan si suami boleh berfikir akan akibat dan kesan daripada tindakan yang dilakukan.

ianya akan menganggu serta menggugat kerharmonian rumah tangga. Selain itu emosi isteri akan terganggu. Bagi suami yang masih pada peringkat awal, amarah ini boleh ditangani dengan bantuan isteri. Antaranya yang boleh dilakukan adalah : 

1. Jangan Berdebat

Elakkan daripada berdebat atau mengemukakan padangan pada saat suami sedang marah atau beremosi. Sekiranya dilakukan, tindakan anda akan sia-sia sahaja malah boleh mengundangkan padah. Akibatnya, si isteri boleh terikut-ikut menjadi sorang yang panas baran jua sehingga boleh berlakunya pertelingkahan.

Jika ini berlarutan, keselamatan si isteri boleh terganggu dan rumah tangga juga akan goyang. Sebaiknya dalam sitausi ini, anda boleh mengalah atau mengambil sikap tidak memperdulikannya dulu. Dengar apa yang dimarahi suami anda. Diam dan jangan melawan sehingga marah suami kembali sejuk, barulah anda mula bersuara.


2. Ajak Berbincang

Ajak dia berbincang untuk menyelesaikan masalah yang menjadi punca kepada kemarahannya. Tetapi tunggu sehingga kemarahannya reda dahulu. Gunakan gaya bahasa serta bicara yang halus agar emosinya tenang dan bukannya dengan meninggikan suara. 

Mungkin ada boleh berbincang sambil mengurut-ngurutbelakang suami selepas pulang kerja ataupun ketika menonton televisyen bersama. Paling penting, pilih masa dan mood yang baik serta waktu yang tepat.


3. Elak Menyindir Suami

Kebiasaannya suami yang panas baran ataupun pemarah ini suka berterus terang dan jujur dalam mengenai apa jua yang mereka suka ataupun tidak suka. Oleh itu, cara mereka mengungkapkan lebih cenderung kasar dan bernada marah. Jadi elakkan diri daripada menyindir, berkias ataupun menunjukkan muka seperti berahsia sesuatu daripadanya kerana ianya hanya akan membuatkan suami lagi bertambah marah dengan anda. Sebagai seorang isteri, anda tidak mahu amarah suami berlarutan. Jadi, elakkan melakukannya.


4. Kritikan Untuk Memperbaiki Kelemahan

Jangan beranggapan padangan suami sebagai satu kritikan kepada anda. Ambil sebagai satu cabaran untuk memperbaiki kelemahan diri. Biasalah dalam rumah tangga pasti ada kesalahan yang anda akan lakukan. Jangan terlalu beremosi dengan kata-kata suami terhadap diri anda. Jika maish ada sayang, anda harus bersikap lebih terbuka. Namun ianya bukan bermaksud, anda harus menanggung semua kesalahan kerana setiap orang mempunyai kelemahan dan kelebihan masing-masing. Anda perlu mengemukakan pendapat pada waktu yang sesuai.


5. Fahami Latar Belakang Suami

Sifat pemarah atau panas baran juga sebenarnya boleh disebabkan oleh latar belakang keluarga. Ia amat berkait rapat dengan cara seseorang itu dibesarkan. Jika dibesarkan dalam suasana yang penuh dengan marah dan tengking, si suami mungkin menganggap sikapnya itu satu perkara normal tanpa menyedari ia boleh mengeruhkan lagi keharmonian rumah tangga bersama.


6. Rumah Dalam Keadaan Selesa

Pastikan keadaan rumah sentiasa dalam keadaan kemas dan menyenangkan agar suami sentiasa berasa selesa dan tidak mudha marah-marah seperti berada dalam keluarganya dahulu. Cuba selidik punca yang boleh membuatkannya gembira dan tenang. Selain itu, anda cuba elakkan perkara yang boleh membuatkan dia marah.


7. Elak Menggunakan Perkataan kasar

Seseorang yang panas baran akan bertambah marah sekiranya diucapkan dengan kata-kata kasar dan menyakitkan hati. Oleh itu, sentiasa menggunakan bahasa pertuturan yang lembut walaupun pada ketika itu suami anda sedang marah. Mengajar mereka yang sedang marah bukanlah dengan menggunakan kemarahan kembali sebaliknya dengan kata-kata dan perbuatan yang akan membuatkan suami terfikir mengapa perlu marah sedangkan boleh membuat perbincangan untuk mengatasinya.





Post a Comment

Previous Post Next Post