Perasaan bagus itulah yang mampu diungkapkan kepada seseorang yang mempunyai sikap ego yang tinggi. Sifat ego tak dapat dilihat di mata kasar, namun kesannya boleh dirasai. Ego juga boleh dikaitkan dengan sombong serta angkuh pada orang lain. Adakah anda seorang yang ego ?
Ciri-Ciri Anda Mermpunyai Sikap Ego Yang Tinggi Credit Pic : SUMBER |
Jom semak ciri-ciri di bawah.
Ciri-Ciri Anda Mermpunyai Sikap Ego Yang Tinggi
1. Keinginan Untuk Berubah
Kelemahan diri perlu diatasi, namun tidak membataskan kepada indentiti diri anda yang sebenar. Andai kata anda seorang yang rendah diri, anda kerap rasa tidak selesa apabila rakan anda sering dipuji lebih bagus. Situasi ini boleh menyebabkan diri anda rasa tercabar seterusnya berusaha ingin menutup kelemahan diri anda sendiri sehingga ianya menyebbakan anda lupa diri.
2. Taasub Dengan Impian
Anda seorang yang kerap berfikir malah boleh dikatakan mempunyai impian dan matlamat yang besar pada masa hadapan. Namun, kerana terlalu berpegang teguh dengan prinsip sendiri. Anda gemar melakukan semua perkara seorang diri kerana tidak mahu dipandang hina dan lemah.
3. Bangga Diri
Tanda lain anda seorang yang ego ialah sikap anda yang gemar menceritakan sesuatu hal yang tidak benar untuk meyakinkan diri anda istimewa. Namun, suatu hari nanti anda akan sedar apa saja jalan hidup yang dipilih, kisahnya tak semestinya ditokok tambah hanya sekadar menunjukkan yang anda sebenarnya mampu berjaya.
4. Dahagakan Perhatian
Tak salah ingin jika ingin melawak atau bergurau senda. Namun, ia nya akan memperlihatkan diri kamu ego jika dilakukan secara terlalu berlebihan. Bagi si ego, apa yang penting hanyalah dirinya yang perli diberi perhatian sepanjang waktu.
5. Ikut Kepala Sendiri
Berilmu bnukan beerti anda boleh menentukan setiap tindakan. Tindakan anda yang inginkan semuanya dilakukan mengikut cara anda sebenarnya hanya akan mencerminkan sikap ego anda sendiri. Sebagai contoh, sekiranya ada perbincangan, anda akan mengaku hanya idea serta cara anda sahaja yang betul dan menidakkan padangan serta pendapat orang lain.
6. Perasan Bagus
Ketika berbual dengan rakan, anda sering memuji diri anda seperti dari segi penampilan atau fizikal. Hal ini akan dapat membuktikan anda membandingkan diri sendiri dengan orang sekeliling. Disebabkan ego, anda mungkin dijauhi kenalan baik dan sesiapa sahaja yang ingin rapat dengan anda.
7. Pentingkan Diri Sendiri
Ego bukan sahaja membabitkan faktor persekitaran tapi ia juga membabitkan emosi. bagi anda, perasaan orang lain tidak perlu dijaga dan dibiarkan sahaja disakiti. Yang penting, anda seorang saja mampu bergembira dan ia datang daripada tindakan rakan anda. Tapi cuba anda letakkan diri anda di tempat dia, mungkin anda akan merasai kesakitan yang sama seperti dia.
SUMBER
Baca juga : Apa Itu Renjatan Haba (Heat Stroke) ?
Post a Comment