Pernahkah anda tertanya-tanya kenapa susah sangat nak faham dalam pembelajaran ? Susah nak ingat apa yang diajar oleh guru-guru. Dah hafal tapi apabila masa peperiksaan saja terus blank. Kenapa ini semua terjadi ? Mesti ada sebab yang mungkin kita tak sedar.
Punca-Punca Ilmu Susah Masuk Dalam Pembelajaran Credit Pic : SUMBER |
Mari kita semak sebab-sebabnya :
Punca-Punca Ilmu Susah Masuk Dalam Pembelajaran
1. Solat Tidak Khusyuk
Solat yang tergesa-gesa, sewaktu solat minda anda ke lain.
2. Berdoa Tidak Bersungguh-Sungguh
Anda mungkin berdoa tetapi anda tidak yakin akan berjaya. Orang sebegini sebenarnya tidak memberikan harapan dan keyakinan sepenuhnya kepada Allah.
3. Menyakitkan Hati Orang Lain
Mungkin anda ada membuat hati seseorang terluka disebabkan kita. Sama ada ibu bapa, guru-guru, adik beradik atau kawan-kawan kita. Bersegeralah meminta maaf dengan semua orang terutamanya dengan orang yang pernah kita kecewakan atau sakitkan hati insan tersebut.
4. Mempunyai Tunggakan Hutang
Hutang yang dimaksudkan bukan sahaja dari segi wang ringgit tetapi hutang berjanji ataupun hutang barang pinjaman yang mana tidak memulangkan dalam keadaan baik sepertimana dipinjam. Jika peminjam tidak redha, maka kita dianggap berhutang. Apa yang perlu dilakukan adalah kita perlu membeli barang pinjaman yang baru sebagai ganti kepada orang itu jika kita pernah merosakkan barangnya. Jika ada hutang wang ringgit, segeralah langsaikan supaya hati kita tenang.
5. Tidak Menjaga Penglihatan
Bila mata sudah di sajikan dengan benda-benda yang haram. Maka, ilmu pun susah nak sampai ke otak. Elakkan melihat aurat orang lain termasuklah movir yang mendedahkan aurat yang tidak sepatutnya kita lihat.
6. Berdendam Dengan Ibu Bapa
Kadang kala, kita tidak sedar kita ada menyakiti ibu bapa kita sendiri. Maka cepat-cepatlah minta maaf dngan ibu bapa kerana takut keilnya hati orang tua kita akan menjadi hijab untuk ilmu sampai kepada kita.
7. Punca Pendapatan Rezeki Tidak Halal
Sekarang ramai yang berniaga online mahupun offline. Ada yang membuat partime untuk tambah income. Tapi ramai yang tidak menjaga sumber rezeki tersebut. Ada yang sanggup menipu pelanggan mengenai maklumat produk. Ada yang terlibat dengan syubhah dan haram. Ada yang mengenakan harga yang terlalu keterlaluan. Orang lain mungkin tidak tahu, tetapi Allah maha Melihat.
8. Kurang Membaca al-Quran Dan Berzikir
Dua amalan ini adalah kunci kejayaan hidup kita sebenarnya. Jadi ringan-ringankanlah lidah membacanya. Tak rugi.
9. Sikap Dengki
Hati penuh dengan hasad dengki, selalu cemburukan kawan-kawan. Orang sebegini tidak akan berjaya dalam hidupnya. Walauoun dia solat sunat sebanyak manapun, tetapi hati kotor, maka ilmu tak akan lekay di kepala. Bersihkanlah hati selalu, ajar diri untuk memaafkan semua orang. Jangan sesekali didik hati untuk berdendam sebab dendam inilah punca kepada gelapnya hati kita.
SUMBER
Baca juga : Ciri-Ciri Anda Mempunyai Sikap Ego Yang Tinggi
Time kaseh
ReplyDeleteallahuakbar hahah sentap aku baca ni patutlh belajar tak masuk hehehe pasni nk improve and berubah lh aminn
ReplyDeletePost a Comment