Bagaimakah caranya untuk anda tahu adakah seseorang itu menyukai anda ? Mungkinkah dari gerak geri badannya ? Mungkinkah dari cara si dia bercakap ? Atau mungkinkah dari cara si dia melayan anda dengan baik ?
Tanda-Tanda Menunjukkan Seseorang Itu Menyukai Anda Dalam Diam Credit Pic : SUMBER |
Setiap orang sebenarnya mempunyai cara mereka tersendiri dalam mengekspresikan perasaan mereka kepada orang lain. Namun begitu, terdapat lima tanda-tanda yang biasanya orang akan lakukan apabila mereka menyukai seseorang iaitu :
Tanda-Tanda Menunjukkan Seseorang Itu Menyukai Anda Dalam Diam
1. Orang Itu Akan Berpeluh
Anda akan dapat melihat yang orang itu akan berpeluh-peluh kecil di sekitar dahi mahupun tangan mereka. Seperti dia sedang agak gemuruh walaupun pada waktu itu suhu persekitaran adalah sejuk. Tetapi jika dia baru sahaja lepas bersukan atau berpeluh, jangan pula anda ingat si dia menyukai anda pula tau. Kita tengak juga pada keadaan dan situasi. Tidak semestinya apabila dia berpeluh menandakan dia menyukai anda.
2. Senyum Sorang-Sorang
Setiap kali bila anda lalu dekat dengan dia, anda akan diperhatikan yang dia senyum sorang-sorang. Setiap kali anda lalu ja, nampak dia tengah senyum. Padahal dia tengah buat kerja lain tapi boleh pulak dia tersenyum sorang-sorang pada anda.
3. Sweet Talker
Bila dia bercakap dengan anda, dia akan cakap perkara yang baik-baik saja. Anda pun rasa selesa sangat-sangat bila bercakap dengan si dia. Orang Melayu kata, orang macam ini adalah orang mulut manis. Daripada kempis sehingga jadi besar la bontot kita bila asyik kena puji ja dengan dia.
4. Jantung Berdenyut Kencang
Jantung anda akan berdenyut kencang apabila setiap kali berjumpa dengan dia. Bukannya sebab anda nervous tetapi disebabkan dia menghantarkan satu aura yang membuatkan diri dalam anda terasa getaran aura yang dia pancarkan.
5. Mudah Berangan
Dan akhir sekali adalah, dia mudah berangan bila bercakap dengan anda. Bila anda bercakap ja dengan dia, tiba-tiba mata dia asyik tengak ja wajah anda. Bila anda tanya, tak menyahut. Anda melambai-lambai depan mata dia pun, tak berkedip. Itu tandanya yang si dia amat betul-betul menyukai anda sebab dia tengah berangan akan sesuatu tentang diri anda.
So itulah di antara 5 tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu menyukai anda.
SUMBER
Baca juga : Apakah Benar Wanita Susah Untuk Di Fahami ?
Post a Comment