Terdapat lebih dari 140 spesis ular di Malaysia tetapi hanya 17 spesis sahaja yang mengandungi racun. Beberapa jenis ular beracun dan berbahaya ialah seperti ular tedung (cobra dan king cobra), ular kapak dan ular kraits.

Rawatan Awal Jika Dipatuk Ular Berbisa
Rawatan Awal Jika Dipatuk Ular Berbisa
Credit Pic : SUMBER


Ular tedung biasanya dijumpai di kawasan-kawasan ladang, paya, tanah lapang dan juga di kawasan perumahan di mana mudah bagi ular-ular tersebut mencari mangsanya seperti tikus. Manakala king Cobra pula biasanya di jumpai di hutan tebal dan kawasan yang tidak di berpenghuni.


Rawatan Awal Jika Dipatuk Ular Berbisa


Ular kraits biasanya boleh didapati di padang, hutan atau di pinggir kawasan perumahan. Ular laut selalunya berada di persisiran kawasan perumahan. Oleh yang demikian, kes-kes patukan ular serig terjadi kepada mereka yang tiggal atau bekerja dekat dengan kawasan-kawasan tersebut dan semasa aktiviti-aktiviti perkemahan, berkelah dan riadah di kawasan-kawasan tersebut.


Gejala Dan Tanda-Tanda Dipatuk Ular


Kecederaan atau kemudaratan akibat patukan ular bergantung kepada jeis dan saiz ular, jumlah racun, bilangan patukan, tempat patukan (kesan patukan mejadi teruk jika dipatuk di kepala, leher dan badan) dan saiz mangsa.

Racun ular  boleh bertindak melalui 3 cara yang berlainan iaitu :

- Toksik darah
- Toksik saraf
- Toksik jantung

Setengah gejala patukan akan dirasai dalam masa yang singkat selepas dipatuk berbanding dengan sesetengah gejala patukan yang lain.


Gejala Awal


- Sakit setempat, bengkak dan perubahan warna kulit pada tempat patukan ular tersebut (patukan ular laut biasanya tidak mendatangkan reaksi mahupun rasa sakit).
- Gejala am yang mungkin timbul pada peringkat awal pada 10 hingga 15 minit selepas dipatuk ialah rasa cemas, lemah, muntah, sakit kepala, penning, berpeluh, sesak nafas, perasaan keliru, kekejangan dan kemudian magsa mungkin akan lumpuh dan seterusnya mati.


Gejala Yang Berlaku Agak Lambat


- Gejala setempat (di tempat patukan ular) : bengkak-bengkak, bisul, pendarahan dalam kulit dan otot dan gejala kurang aliran darah ke anggota serta kulit.
- Gejala am : pening, muntah, sesak nafas, demam, kejutan, gusi berdarah, darah dalam najis, air kencing, muntah an lumpuh.
- Gangguan deria sentuhan, rasa dan bau : rasa mengantuk, rasa lumpuh pada otot muka dan mata, susah untuk menelan dan perdarahan dalam otak.


Kesan Atau Komplikasi Patukan Ular


Walaupun kebanyakan orang yang dipatuk ular beracun ini akan sembuh, namun patukan ular ini boleh menjadi serius dan boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan cepat. Kesan atau komplikasi yang boleh terjadi ialah :

- Parut dan kesan kosmetik
- Luka, jangkitan kulit dan jangkitan tulang di tempat yang dipatuk ular
- Penyakit tetanus (kancing gigi)
- Kerosakan buah pinggang
- Kerosakan otak akibat pendarahan dalam otak
- Luka atau parut kekal dalam mata, jika ular menyembur racun ke mata


Rawatan Patukan Ular


Cuba ingat rupa ular tersebut. Ini sedikit sebanyak akan membantu doktor dalam memilih anti venom yang sesuai. Jangan potong atau hisap tempat yang dipatuk.

- Elakkan dari bergerak jika tidak keperluan bagi mengurangkan racun merebak ke bahagian badan yang lain
- Basuh tempat yang dipatuk dengan segera dan berhati-hati
- Basuh mata dengan secepat mungkin jika racun ular disembur ke mata
- Balut tempat yang dipatuk dengan baik tetapi janganlah terlampau ketat supaya aliran darah tidak terganggu dab berjalan dengan lancar. Jika tempat yang dipatuk ialah tangan atau kaki, balut balutan tambahan bagi keseluruhan tangan atau kaki mulai dari jari tangan atau jari kaki
- Elakkan anggota yang dipatuk ular dari banyak bergerak dengan menggunakan anduh
- Elakkan mangsa dari bergerak hingga pertolongan tiba. Bawa bentuk-bentuk pertolongan cemas kepada mangsa bagi mengelakkan mangsa dari bergerak atau berjalan.
- Hantar mangsa ke hopsital yang berdekatan


Rawatan Di Hospital


- Mangsa akan diletakan di bawah pemerhatian yang rapi
- Rawatan termasuk rawatan luka, penjagaan anggota dan rawatan sokongan
- Rawatan sokongan termasuk melegakan kesakitan, rawatan jangkitan, pemindahan fakotr pembekuan darah, bantuan pernafasan dan sebagainya mengikut keperluan
- Doktor juga akan memberi ubat khas antivenom yang spesifik bergantung kepada tahap keseriusan patukan
- Jika perlu, suntikan imunisasi atau imunisasi tambahan untuk penyakit tetanus mungkin akan diberi kepada pesakit


Bagaimana Untuk Mengelak Dari Dipatuk Ular

- Pakai kasut yang menutup kaki atau berseluar panjang semasa berjalan di kawasan semak samun
- Hentak kaki atau lakukan gagaran dengan kaki semasa berjalan di tempat gelap atau semak
- Jangan masukkan tangan ke dalam lubang, rekahan batu atau tanah
- Jauhi dari ular yang mati kerana ramai orang telah dipatuk 2 atau 3 kali oleh ular yang disangka telah mati
- Elakkan pergi ke kawasan ular semasa dalam suasana gelap


SUMBER


Baca juga : Cara Sebenar Merawat Serangan Asma

Post a Comment

Previous Post Next Post