Pemasangan kamera CCTV di surau wanita yang diawasi oleh pengawal keselamatan lelaki. Adakah di bolehkan atau sebaliknya? 

Soalan : 

Apakah hukum memasang kamera cctv di surat wanita yang diawasi oleh pengawal keselamatan lelaki? 


Hukum Berkenaan Pemasangan CCTV Di  Surau Wanita
Hukum Berkenaan Pemasangan CCTV Di  Surau Wanita
Credit Pic : SUMBER

Jawapan : 

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat serta salam buat Rasulullah SAW, juga ahli keluarga baginda, isteri-isteri dan seterusnya mereka yang mengikuti jejak langkah baginda hingga ke hari kiamat.


Hukum Berkenaan Pemasangan CCTV Di  Surau Wanita


Dalam isu ini, kami berpendapat bahawa isu ini perlu dilihat kepada maqasid atau tujuan kepada pemasangan CCTV. Hal ini berdasarkan kaedah fiqh yang bermaksud : 
Wasiah (sesuatu yang membawa kepada tujuan) mengikut hukum tujuan.
Sekiranya tujuan memasang CCTV ini adalah sebagai langkah untuk menjaga keselamatan wanita yang menunaikan solat dari kecurian atau kes-kes yang lebih besar, maka diharuskan berdasarkan kaedah dia atas.

Dalam hal ini, pengawal keselamatan tidak boleh menyebarkan rakaman yang memperlihatkan aurat wnaita kerana penyebaran tersebut juga merupakan suatu jenayah sedangkan tujuan asal adalah untuk mencegah jenayah yang berlaku.

Sesungguhnya Islam sangat tegas dalam melarang penyebaran aib manusia. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas Ra bahawa Nasi SAW bersabda yang bermaksud : 
Barang siapa yang menutupi aib saudaranya Muslim, Allah akan menutupi aibnya pada hari akhirat dna barang siapa yang membukakan aib saudaranya Muslim, maka Allah akan membukakan aibnya hingga terbukalah kejelekannya di dalm rumahnya. (Riwayat Ibn Majah : 2546)

Setelah mengamati masalah ini, maka diputuskan bahawa : 

- Pemasangan CCTV ini hendaklah terhad di kawasan dewan solat sahaja dan tidka boleh meluputi tempat wudhuk wanita.

-  Pengawal CCTV ini hendaklah terdiri daripada pengawal yang beramanah.

- Rakaman CCTV ini hanyalah boleh dilihat dan digunakan untuk tujuan pihak keselamatan sahaja, sebarang aktiviti penyebaran adalah haram kerana akan mengaibkan dan mendedahkan maruah serta aurat wanita.

- Hendaklah diletakkan di pintu utama surau atau tempat yang boleh dilihat secara jelas bahawa surau tersebut dibawah pemerhatian CCTV.

- Hendaklah disediakan suatu ruang khas yang tertutup bagi Jemaah muslimah menukar pakaian solat.


SUMBER

Baca Juga : Apakah Hukum Menggugurkan Kandungan Janin Dalam Islam

Post a Comment

Previous Post Next Post