Sebenarnya lelaki juga menggunakan tubuh dan bahasa berlapik untuk menunjukkan yang mereka sayang si isteri. Sama sahaja dengan wanita yang lebih suka menggunakan bahasa berlapik atau berkias bila nak menunjukkan betapa dia meyayangi seorang suami, lelaki pula lebih gemar menggunakan bahasa badan.

Bahasa Isyarat Sayang Dari Suami Yang Jarang Diketahui Oleh Isteri
Bahasa Isyarat Sayang Dari Suami Yang Jarang Diketahui Oleh Isteri
Credit Pic : SUMBER 


Jom ikuti sedikit perkongsian tentang bahasa 'badan' lelaki : 

Bahasa Isyarat Sayang Dari Suami Yang Jarang Diketahui Oleh Isteri


1. Makanan

Sebenarnya suami sangat suka dapat makan masakan si isteri tetapi tidak diucapkan secara lisan. Cara lelaki menunjukkan yang mereka menghargai masakan isteri adalah dengan cara mereka makan tanpa banyak soal. Pada mereka ini sudah jelas menunjukkan mereka suka sebab memang jaranglah hendak memuji secara lisan.


2. Kereta

Perempuan semestinya akan nampak lelaki macam terlampau sayangkan kereta mereka. Tetapi sebenarnya mereka mempersiapkan kereta mereka untuk isteri tersayang juga.

Contohnya, mereka akan memastikan kereta bersih, minyak penuh serta memeriksa kereta dalam keadaan yang selamat. Nanti isteri tersayang juga akan gunapakai. 


3. Pakaian

Lelaki memang jarang sangat memuji pakaian si isteri. Bukan kerana mereka tidak hairan tetapi sebenarnya pada mereka, si isteri sentiasa cantik di masa asalkan kemas dan selesa.Kaum lelaki amat ringkas, mereka tidak pandai memuji lebih-lebih. Tapi sebenarnya mereka sekali-sekala juga perlulah mengambil hati isteri.


4. Rumah

Dalam bab mengemas rumah, lelaki memang jarang menolong. Tapi pada hakikatnya jarang menolong di depan mata isteri, di belakang isteri mereka akan membantu juga.

Contohnya kerja rumah yang berat-berat terutamanya seperti membaiki paip sinki atau membetulkan pintu yang rosak.


5. Hal Tempat Kerja

Kekadang apabila lelaki pulang dari tempat kerja dan dia senyap sahaja. Kemudian tiba-tiba bercakap hal di tempat kerja. Ini kerana lelaki hanya bercerita kepada orang yang dia percaya sahaja.

Dia percaya iserinya yang memahmi kesukaran yang dialaminya di tempat kerja. Setialah mendengar kerana mereka sangat menghargainya.


6. Solat

Bahasa lelaki yang paling jelas menunjukkan yang mereka sayang pada isteri adalah dengan mengajak solat bersama.

Lelaki yang mengajak isteri solat bersama kerana mereka juga ingin menunjukkan kasih sayang mereka. Ini menunjukkan yang mereka sentiasa ingin bersama isteri hingga ke syurga.

Apabila lelaki tidak menyatakan secara lisan, bukanlah beerti mereka tidak sayang. Cuma mereka lebih mengamalkan 'action speaks louder than words'. Perbuatan lebih jelas daripada perkataan.

Jadi mereka lebih menggunakan bahasa badan berbanding mengucapkan secara verbal kepada pasangan. Jadi pasa isteri semua, janganlah lekas merajuk andai suami lebih banyak berdiam diri. 


SUMBER

Baca Juga : Rahsia Fakta Lelaki Yang Perempuan Jarang Ketahui

Post a Comment

Previous Post Next Post