Antara perkara yang paling ditakuti oleh pasangan yang sudah pun berkahwin adalah apabila cinta pasangan mula hilang dan beralih arah. Amat penting untuk kita mengetahui cara-cara mengekalkankan rumahtangga agar pernikahan yang terbina kekal hingga akhir hayat.
Cara Mengekalkan Keharmonian Dalam Rumahtangga Suami Isteri Credit Pic : SUMBER |
Jadi, bagaimanakah caranya untuk mengelakkan pasangan kita daripada mencari orang lain dan mengekalkan hubungan romatik suami isteri ?
Cara Mengekalkan Keharmonian Dalam Rumahtangga Suami Isteri
Kami ada beberapa saranan yang boleh anda amalkan.Semoga, percintaan dalam rumahtangga anda terus sentiasa mekar dan utuh.
1. Letakkan Pasangan Sebagai Nombor Satu
Adalah teramat penting untuk kita sentiasa meletakkan pasangan kita sebagai nombor satu di hati berbanding orang lain.
Selepas ada anak, amat mudah untuk kita terlepas pandang tentang hal ini. Keperluan fizikal dan emosi suami atau isteri sering diabaikan sehingga mereka mula rasa tidak disayangi.
Suami atau isteri anda adalah tiang sokongan utama dalam kehidpuan anda. Hargai dan berikan mereka keutamaan sentiasa.
2. Buat Pasangan Rasa Dihargai
Kata-kata seperti ucapan “terima kasih”, “saya minta maaf”, dan “saya sayang awak” jangan pernah lupa untuk diucapkan setiap hari.
Ia mungkin nampak remeh-temeh sehinggakan ada yang berasa pasangan mereka mengada-mengada jika dia mahu anda mengucapkan kata-kata ini selalu.
Bukan begitu, kata-kata manis dan ucapan penghargaan sebegini amat penting untuk didengari oleh pasangan. Ia adalah salah satu tanda pengakuan ikhlas dari seorang insan bergelar suami atau isteri.
Ia menunjukkan secara jelas yang anda menyayangi dan menghargai dirinya. Tidak percaya? Sila cuba ucap dan lihat betapa lebar senyumannya.
3. Jangan Simpan Perasaan Dalam Hati
Selalunya, apabila bergaduh, kita sering memendam rasa. Kita sangkakan lebih baik untuk menyembunyikan rasa sedih, kecewa atau marah hasil perbuatan pasangan.
Ya, itu mungkin penyelesaian jangka pendek. Tapi, ia adalah perkara yang tidak bagus untuk jangka masa panjang.
Lambat laun, “bom perasaan” akan meletup jua. Pada ketika itu, pergaduhan besar akan terjadi dan pasangan akan mula mencari yang lain.
Berkomunikasilah dengan cara yang baik dan kekalkan rasa hormat ketika berselisih faham. Jika anda tahu cara bergaduh yang sihat, anda pasti dapat mengekalkan kebahagiaan rumahtangga. Hati pun berasa lega dan tenang, kan?
4. Jangan Perkecilkan Pasangan
Lagi satu cara rumah tangga bahagia adalah: jangan sekali-kali memperkecilkan pasangan terutamanya di depan anak-anak atau orang lain.
Suami jangan mengata kelemahan isteri depan anak-anak dan isteri jangan memperlekeh kebolehan suami di depan saudara-mara.
Ini amat penting bagi memastikan setiap pasangan untuk kekalkan rasa hormat pada suami atau isteri.
Ucap yang baik-baik, ia pasti dapat membuatkan hati mereka berbunga-bunga kerana dipuji oleh suami atau isteri sendiri.
5. Buat Pasangan Rasa Disayangi Dan Dirindui Selalu
Bagaimana caranya untuk membuatkan si suami atau si isteri rasa dicintai dan dirindui? Dengan mengucapkannya secara ikhlas.
Masyarakat kita zaman sekarang memang sukar untuk melafazkan rasa sayang secara jelas dan depan-depan.
“Faham-faham sendiri sajalah.”
“Malu aih orang dengar. Kita ni dah tua”
Ini adalah antara sikap kita yang perlu ditukar. Ucapkanlah rasa sayang.
Tunjukkan juga melalui perbuatan seperti memberinya hadiah atau buah tangan ketika pulang kerja atau apabila terima gaji.
6. Banyakkan Berdoa Untuk Pasangan
Yang lebih penting, sentiasalah berdoa kepada Tuhan semoga cinta yang ada dalam diri suami atau isteri kita itu akan kekal sehingga ke syurga.
Cara Menangani Suami Yang Bermasalah > Klik Disini <
Hanya Tuhan sahaja yang dapat meletakkan rasa sayang dan rindu dalam hati, maka berdoalah selalu. Tuhan pasti kabulkan !!
SUMBER
Baca Juga : Tips Buat Pasangan Bertunang Untuk Kekal Bahagia Hingga Ke Alam Perkahwinan
Panduan Kebahagiaan Suami Isteri : > Klik Disini <
Post a Comment