Perasaan dalam hati tiada siapa pun yang mengerti, tiada sesiapa pun yang memahami. Bila seseorang menangis adakah itu bererti dia sedang bersedih? adakah kenyataannya seperti yang kita lihat?

Mengapa Jiwa Terasa Kosong Sedangkan Dikelilingi Ramai ?
Mengapa Jiwa Terasa Kosong Sedangkan Dikelilingi Ramai ?
Credit Pic : SUMBER


Hati, tidak ada seorangpun yang mampu meneka dengan pasti sedalam mananya hati kita sendiri, kadangkala kita tidak dapat memahami apa yang ada di dalam hati.

Mengapa Jiwa Terasa Kosong Sedangkan Dikelilingi Ramai ? 


Tidak ada orang yang tidak pernah diuji dalam hidupnya. Antara ujian yang paling besar adalah ujian yang melibatkan hati – terluka, disakiti, berpisah dari orang yang disayangi, kematian dan sebagainya  hingga membuatkan kita trauma dan fobia dengan apa yang sedang dihadapi.

Ujian yang melibatkan emosi ini juga pernah terjadi kepada umat terdahulu. Salah seorang yang diuji adalah ibu kepada Nabi Musa. Saat arahan dan perintah dikeluarkan untuk membunuh semua anak laki-laki yang ada, Allah telah mengilhamkan kepada ibu Nabi Musa untuk meletakkannya di dalam sebuah bekas dan dihanyutkan ke Sungai Nil.

Pada logik kita hari ini, bagaimana kita sanggup melepaskan anak yang masih kecil dihanyutkan ke sungai. Dalam keadaan tidak tahu akan hanyut ke mana anak itu nanti, selamatkah peti tersebut atau akan tenggelam, bagaimana pula jika anak tersebut menangis kelaparan. Namun pilihan yang ada hanya dua, sama ada melihat anak itu disembelih di hadapan mata atau menghanyutkannya.

Hinggakan disebut dalam ayat Al-Quran bahawa setelah menghanyutkan anak kecil tersebut, hati ibu Musa menjadi kosong sekosongnya – seperti keadaan yang biasa kita alami setelah melalui kesedihan yang amat teruk.

Lalu Allah mengatakan bahawa jika tidak kerana Allah mengikat (menguatkan) hatinya maka pasti Ibu Musa akan berteriak dan melaung memberitahu orang ramai apa yang telah terjadi kerana tidak tahan lagi menanggung keperitan yang dirasakan.

Setelah itu barulah beliau mampu berfikir dengan tenang dan menyuruh kakak kepada Nabi Musa untuk pergi memeriksa tentang keberadaan bayi tersebut.

Setelah melalui pengalaman yang sangat menyakitkan, kita mungkin merasakan bahawa kita tidak mampu untuk menyembuhkan hati sendiri, namun Allah berkata bahawa Allah lah yang mampu menyembuhkan. Kita mungkin tidak mampu memaafkan, namun Allah lah yang mampu melembutkan hati kita sehingga kita mampu memaafkan.


SUMBER

Baca Juga : Kebahagian Akan Dikecapi Jika Kita Mensyukuri Apa Yang Telah Kita Miliki

Post a Comment

Previous Post Next Post