Apakah Hukum Berpakaian Berwarna Warni Dengan Model Baju Terkini Tetapi Masih Menutup Aurat. Adakah Ia Termasuk Tabarruj?


Hukum Berkenaan Memakai Pakaian Berfesyen Terkini Yang Menutup Aurat ?
Hukum Berkenaan Memakai Pakaian Berfesyen Terkini Yang Menutup Aurat ?
Credit Pic : SUMBER 


Seperti yang diketahui tabarruj adalah perhiasan yang berlebihan. Tapi apakah yang dimaksudkan dengan berlebihan. Adakah pakaian yang berwarna warni dikira berlebihan? Saya pernah terbaca satu artikel menyatakan bahawa tabarruj juga bergantung pada tempatnya. 


Hukum Berkenaan Memakai Pakaian Berfesyen Terkini Yang Menutup Aurat ? 


Contohnya di Malaysia memang baju berwarna warni itu perkara yang biasa sehingga ia tidak dikira tabarruj. Betul ke macam ni? Kemudian bagaimana pula dengan fesyen Muslimah yang moden sekarang. 

Sekarang mudah didapati baju yang sesuai untuk muslimah, yang tidak jarang dan tidak ketat, tapi kebanyakannnya sangat cantik dengan corak berwarna warni dan model yang terkini. 

Saya suka membeli jubah yang bercorak bunga-bunga, jubah itu menutup aurat, tidak longgar dan tidak jarang. Dan saya juga bertudung menutupi dada. Tapi adakah baju yang bercorak seperti ini dikatakan menarik perhatian lelaki? Pada saya baju seperti ini dapat menarik orang untuk berpakaian menutup aurat kerana rekaannya yang menarik, tapi pada masa yang sama, adakah ia dikira tabarruj.

Firman Allah SWT yang bermaksud: 


“…dan janganlah kamu berhias dan bertingkah-laku seperti orang-orang jahiliah dahulu.” (Al-Ahzab: 33).
Yang dimaksudkan dengan tabarruj  atau perhiasan jahiliyah adalah Membiarkan anggota aurat tubuh terbuka dan tampak bebas dilihat oleh mata.

 Makna tabaruj yang dilakukan oleh wanita jahiliah dahulu menurut para ulama tafsir iaitu :

1. Bercampur dengan lelaki

2. Berjalan melenggang-lenggokkan tubuh dan genit

3. Mengenakan tudung tetapi tetap menampakkan aurat dan kecantikan tubuh-badannya.


Seharusnya Wanita muslimah mempunyai akhlak menjaga diri, menjaga kehormatan, dan mempunyai rasa malu. Apabila berjalan seharusnya menundukan pandangan.

Pakaian yang dkenakan sesuai dengan syariat Islam iaitu :

a. Menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.

b. Tidak nipis atau pendek sehingga menampakkan kulit di balik pakaian.

c. Tidak ketat-walaupun ianya tebal-sehingga menampakkan lekuk-lekuk tubuhnya, sebagaimana yang dikenakan wanita-wanita Barat saat ini. Pakaian mereka tidaklah nipis tetapi ketat sehingga menampakkan hamper semua bahagian tubuh mereka. Seakan mereka telanjang bulat. Pakaian seumpama ini lebih menimbulkan fitnah daripada pakaian yang nipis dan pendek.

d. Tidak mengenakan baju dan celana lelaki seperti yang suka dilakukan oleh wanita zaman sekarang. Rasulullah melaknat lelaki dan wanita yang menyerupai lawan jenisnya.

e. Tidak mengenakan pakaian khusus orang-orang kafir, Yahudi dan penyembah patung.


SUMBER

Baca Juga : Hukum Berkenaan Meletakkan Patung Di Dalam Rumah Sebagai Perhiasan

Post a Comment

Previous Post Next Post