Apa itu Kejuruteraan Awam ? Credit pic : SUMBER |
Kejuruteraan Awam ini adalah merupakan bidang kejuruteraan dimana merangkumi kerja-kerja yg melibatkan pembinaan dan pembangunan seperti pembuatan jalan raya, jambatan, rumah, empangan, sistem perparitan, trafik , ukur tanah dan lain-lain lagi.
Apa itu Kejuruteraan Awam ?
Kali ni kita akan ceritakan tentang Diploma Kejuruteraan Awam yg ditawarkan di Politeknik Malaysia. Bagi adik2 yg berminat untuk mengikuti program pengajian Diploma Kejuruteraan Awam ini, terdapat 15 politeknik yg menawarkan kos kejuruteraan awam ini di seluruh Malaysia. Tempoh pengajian pula adalah selama 3 tahun iaitu 6 semester. Di akhir semester adik2 akan menjalani Latihan Industri (Praktikal) selama 6 bulan sebelum tamat pengajian Diploma Kejuruteraan Awam.
Prospek Kerjaya
Dari segi prospek kerjaya pula, peluang pekerjaan selepas tamat Diploma Kejuruteraan Awam adalah seperti berikut :
= Penyelia Tapak
= Pembantu Teknik
= Penolong Jurutera
= Kerani Tapak
= Kontraktor Binaan
= Pembekal Bahan Binaan
Di Politeknik, adik2 akan diajar tentang pengetahuan teori, kemahiran teknikal dan tingkat laku yg diperlukan dlm bidang ini. Di peringkat pembelajaran pula, adik2 akan didedahkan dengan skop kerja yg sebenar tentang penggunaan bahan dan teknologi, reka bentuk struktur, kaedah binaan, peraturan di tapak bina, keselamatan pekerja, undang-undang, peraturan Pihak Berkuasa Tempatan dan penjagaan alam sekitar.
Jika adik2 menyambung ke peringkat Ijazah, adik2 boleh mendapat gelaran Jurutera Awam (Ir). Adik2 perlu menjalani ujian dan proses temuduga yg dijalankan oleh BEM dan IEM. Setelah lulus ujian dan temuduga tersebut, adik2 layak diberi gelaran Ir didepan nama sebagai contoh Ir Lukman.
Peluang pekerjaan juga luas dalam bidang kejuruteraan awam ini. Pekerjaan dalam bidang kejuruteraan awam juga tidak mengira jantina samada lelaki mahupun perempuan.
Sampai disini sahaja, penerangan tentang Kejuruteraan Awam kali ini. Jika terdapat sebarang pertanyaan, adik2 boleh membuat pertanyaan melalui komen atau mesej secara personal. Nukilan perjalanan dari bekas penyelia projek.
Baca Juga : Subjek-Subjek Kos Diploma Kejuruteraan Awam
Boleh saya thu lebih lanjut tentang ni
ReplyDeleteBoleh adik....Bawah ni ada Contact Us..Isi maklumat adik kat situ. Jngn risau akan hubung ke email terus.
Deletecourse ni perlukan bakat dalam melukis ke? atau perlukan bakat yang lain?
DeleteX pandai melukis pon x apa... Tapi.. Ada subjek lukisan kejuruteraan... X fokus sngt pada melukis ni... Tapi. Kena tahu basic juga la.
DeleteBlh sya thu lebih lanjut x pasal bidang Ni😭
ReplyDeleteIsi contact us dibawah..
DeleteJangan risau...ramai ja masuk nanti bukan ada basic Lukisan Kejuruteraan...kacang je...Sem 1 ja belajar LK nih...mudah lulus. Insha Allah.
ReplyDeleteAnak sya dpt diploma kejuruteraan awam. Adakah ia bagus utk anak sya?
ReplyDeleteIkut kepada anak Puan juga...kos ni x heavy sngt mcm kos2 lain..peluang pekerjaan juga luas dalam sektor swasta cuma peluang pekerjaan dalam kerajaan sahaja terhad.
DeleteKalau Saya mau tahu lebih lanjut tentang kejuruteraan awam boleh Tak?
ReplyDeleteSebab Saya baru-baru saja dapat kejuruteraan awam...Saya tak sangka dapat... Kalau boleh Saya nak tahu lebih lanjut
Bagi email adik...atau isi platform 'Contact Us' di bawah sekali.
Deleteboleh saya tau lebih lanjut tak tentang kejuruteraan awam ni
DeleteBoleh saya tahulebih lanjut tentang peluang pekerjaan dalam kejuruteraan awam?
ReplyDeleteBoleh isi platform 'Contact ' di bawah sekali untuk dapatkan maklumat dengan lebih lanjut.
DeleteKos ni mcm payah x utk get pekerjaan x sbb terlalu ramai graduate civil engeneering skrg
ReplyDeleteUntuk swasta luas ja peluang pekerjaan...cumanya dalam sektor kerajaan la terhad ...ramai calon...kena bersaing.
DeleteAssalamualaikum..bleh saya tau dengan lebih detail tentang kos ni?
ReplyDeleteenglish kene power ke untuk bidang civil engineering ni?
ReplyDeleteTak perlu pon power sngt....biasa2 pon boleh..:D belajar pon dlm english dan malay..campur2.
Deleteboleh saya tahu dengan lebih lanjut? lagi lagi dari segi pembelajaran dan kemahiran yang akan dipelajari ?
ReplyDeletemcm mana nak contact admin tkda pun kt bawah contact us
ReplyDeleteBoleh isi platform 'Contact' di bawah sekali untuk dapatkan maklumat dengan lebih lanjut.
DeleteDibawah sekali ada perkataan contact...boleh tekan disitu untuk berhubung dngn admin.
ReplyDeleteSelalu aktiviti yg diberi dlm individu atau team
ReplyDeleteBy group selalunya..
DeleteKos course ni mahal sangat ke???
ReplyDeleteMcm sy masuk politeknik...x ada la mahal mana 1 sem tu...cuma ambik PTPTN...lebih kepada duit makan ja la...kos ni x banyak duit sngt pon kena keluarkan....
DeleteBole says tahu dgn lebih mendalam lgi tntg course kejuruteraan awam ni ?
ReplyDeleteBoleh saya tau subjek apa ya wajib lulus dan subjek apa yang perlu ambil untuk course ni?
ReplyDeletehttps://dakcaii.blogspot.com/2020/06/subjek-subjek-kos-diploma-kejuruteraan.html?showComment=1627028059971#c9159644193801520652
DeleteCopy paste link di atas ...
Post a Comment