APAKAH hukum meniup makanan dan minuman panas? Selain itu, bagaimana sekiranya seseorang bernafas dalam gelas ketika minum air?

Rasulullah SAW melarang bernafas dalam bekas minuman. Sabda Baginda SAW yang diriwayatkan oleh Abi Qatadah RA bermaksud: “Apabila kalian minum, janganlah bernafas di dalam gelas dan ketika buang hajat, janganlah menyentuh kemaluan dengan tangan kanan.” (Sahih Bukhari - 153)

Apakah Hukum Meniup Makanan Serta Minuman Panas Dalam Islam ?
Apakah Hukum Meniup Makanan Serta Minuman Panas Dalam Islam ?
Credit Pic : SUMBER

Selain itu, dalam satu lagi riwayat yang bermaksud: “Sesungguhnya Nabi SAW melarang bernafas di dalam gelas atau meniup isi gelas.” (Musnad Ahmad - 1907) dan Tirmizi - 1888)

Apakah Hukum Meniup Makanan Serta Minuman Panas Dalam Islam ? 


Ulama berbeza pandangan dalam menafsirkan maksud hadis berkenaan. Sehubungan itu, kami nukilkan sebahagian pandangan:

• Imam Al-Nawawi menyatakan, larangan bernafas di dalam gelas ketika minum termasuk di bawah adab.

Ini kerana dibimbangi ia mengotorkan air atau ada sesuatu jatuh daripada mulut, hidung dan sebagainya.

Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani ketika mensyarahkan hadis itu menyatakan, meniup minuman lebih buruk berbanding sekadar bernafas di dalam gelas.

Larangan itu berbentuk ta’addub (mengajar adab) yang menunjukkan penekanan terhadap kebersihan. (Rujuk Fath al-Bari 1/253 dan 10/92)

Imam al-Syaukani sewaktu mensyarahkan hadis ini berkata: jangan meniup ke dalam bekas air minuman dan makanan untuk menghilangkan kotoran kerana tiupan akan mengeluarkan air liur yang dianggap kotor.

Jangan juga ditiup untuk menyejukkan makanan yang panas, dan hendaklah dia bersabar hingga ia sejuk.

Jangan makan makanan sewaktu ia panas kerana keberkatan hilang daripadanya dan benda yang panas adalah makanan dan minuman ahli neraka. (Rujuk Nail al-Authar 9/65)

Ibn Batthal sewaktu menjelaskan hadis ini pula menyatakan, jika seseorang minum bersama-sama orang yang tidak berasa jijik akan perbuatan bernafas sewaktu minum, maka hukumnya adalah harus.

Oleh itu, Baginda sendiri bernafas di dalam bekas minuman kerana Baginda tahu sahabatnya suka minum daripada bekas air Baginda. (Rujuk Syarh Sahih al-Bukhari li Ibn Batthal 6/80)

Selain itu, daripada Anas bin Malik RA yang bermaksud: Rasulullah SAW minum sebanyak tiga kali teguk dengan tiga kali nafas dan bersabda: Cara ini lebih menghilangkan dahaga, lebih sihat dan lebih berkhasiat.

Anas berkata: “Maka aku pun minum dengan tiga kali teguk dengan tiga kali nafas ketika minum.” (Sahih Muslim - 2038)

Maka, ketika minum, Nabi SAW mengelakkan daripada bernafas dalam gelas kerana terdapat beberapa faedah daripadanya.

Dari sudut hukum, larangan meniup dan bernafas dalam bekas makanan dan minuman membawa kepada hukum makruh, bukannya haram sebagaimana disebut oleh Imam al-Syarwani, Imam Zakariyya al-Ansari dan Imam Ibn Muflih al-Hanbali.

Imam al-Mardawi al-Hanbali menukilkan pandangan Imam al-Amidi yang tidak memakruhkan meniup makanan panas dan itu pandangan yang benar menurut Al-Mardawi sekiranya ada keperluan untuk segera memakannya. (Rujuk Al-Insaf fi Ma’rifah al-Rajih min al-Khilaf 8/242)

Selepas meneliti penafsiran dan penerangan ulama, kami berpandangan hukum asal menghembus atau bernafas di dalam bekas makanan dan minuman adalah harus.

Ini kerana larangan disebut dalam hadis diikat dengan sebab tertentu iaitu:

• Dibimbangi air liur dan bau nafas mengubah dan mengotori makanan atau minuman.

• Jika berkongsi bekas, ia boleh menimbulkan rasa tidak senang orang yang berkongsi bekas dengannya.

• Menampakkan sikap tidak sabar dan gelojoh dengan meniup makanan atau minuman panas supaya sejuk.

Hanya dalam keadaan di atas sahaja hukumnya menjadi makruh. Kami melihat sebab itu boleh dielakkan dan tidak terpakai dalam semua keadaan.

Tiupan sederhana tidaklah sampai mengotorkankan atau mengubah bau makanan dan minuman.

Imam Ibn Batthal menjelaskan, jika seseorang itu minum bersama orang yang tidak berasa jijik perbuatan bernafas sewaktu minum, maka hukumnya harus.

Imam al-Mardawi juga menjelaskan, seseorang itu boleh meniup makanan atau minuman panas jika ada keperluan.


SUMBER

Baca Juga : Hukum Berkenaan Memakai Pakaian Berfesyen Terkini Yang Menutup Aurat ?

Post a Comment

Previous Post Next Post