Kadang-kadang menjadi single ni bukan mudah. Lebih-lebih lagi kawan seusia kita kebanyakannya telah mendirikan rumahtangga dan mempunyai pasangan. Ini belum kira lagi bila balik kampung. Mesti soalan ‘bila nak kahwin’ akan diajukan kepada kita kan.

Pesanan khas Untuk Orang Yang Masih Single
Pesanan khas Untuk Orang Yang Masih Single
Credit Pic : SUMBER

Mungkin pada awalnya kita boleh chill bila berhadapan dengan situasi ni. Tapi lama-kelamaan boleh jadi stress juga kan? So bertenang sahaja girls ? 


Pesanan khas Untuk Orang Yang Masih Single


Jom lihat lihat perkara yang boleh dilakukan oleh orang single ni : 


1. Minta diperkenalkan dengan lelaki yang baik

Bila ibu bapa andasudah terlalu mendesak supaya berkahwin, perkara pertama yang harus anda lakukan adalah buka hati anda untuk terima lelaki dahulu. Keinginan untuk berpasangan perlulah datang ikhlas daripada hati tanpa perlu dipaksa. Jika tidak, memang sia-sia la anda berkenalan dengan orang baru tetapi tidak mempunyai hati kepada mereka. Pujuk diri pelan-pelan ye.


2. Bergaul dan jumpa dengan orang baru

Sudah-sudahlah menyendu. Sudah tiba masanya anda keluar daripada kesedihan dan belajar untuk mengenali orang baru. Tapi ini tidak bermakna anda boleh berkawan dengan semua orang tanpa perlu ditapis. Pilihlah kawan dalam circle yang baik. Berkenalan dengan orang yang mempunyai hobi atau minat yang sama dengan kita. Mana tahu dalam pada masa yang sama anda boleh dapat peluang lain yang lebih baik untuk hidup anda.


3. Kejar impian

Jangan terlalu fikir untuk mencari jodoh dan ingin cepat berkahwin. Fokus perkara yang lebih penting contohnya seperti mengejar impian-impian yang sudah lama kita angankan. Anda perlu tanam dalam diri andabahawa kebahagiaan tidak semestinya datang daripada orang lain. Bahagiakan diri sendiri dahulu sebelum bahagiakan orang lain okay?


4. Ubah sikap

Kadang-kadang kita perlu berfikir sebentar tentang apa yang berlaku kepada diri kita. Mungkin kerana sikap anda yang tidak ramah dan kurang berfikiran positif, mudah marah, sensitif dan suka mengeluh menjadi punca kenapa anda tidak merasa bahagia. Jadilah seorang wanita yang positif jika inginkan seorang pasangan yang juga positif.

Maybe menunggu boleh buat anda jadi gelisah bila memikirkan status anda yang masih single. Apa kata kita muhasabah diri dan lihat semula diri kita supaya dapat baiki kekurangan yang ada. Selebihnya kita boleh berdoa agar dipertemukan dengan lelaki yang kita inginkan. Jangan sendu-sendu lagi ye.


SUMBER

Baca Juga : Cara Terbaik Melupakan Masa Silam Pasangan Tanpa Sakit Hati

Post a Comment

Previous Post Next Post