Nak cari pasangan hidup tak semudah petik jari ja. Semua orang ada kriteria masing-masing untuk dapatkan pasangan idaman kan? 


Sebab-Sebab Kenapa Kita Selalu Jatuh Cinta Pada Orang Yang Salah
Sebab-Sebab Kenapa Kita Selalu Jatuh Cinta Pada Orang Yang Salah
Credit Pic : SUMBER


Bila dah dapat kriteria yang kita nak tapi tak setia pula. Sayangnya tak semua perkara yang kita harapkan jadi kenyataan. Lebih-lebih lagi sekarang ni perempuan lebih cenderung untuk suka lelaki yang ada aura “bad boy” gitu. Pening !! Pening !!


Sebab-Sebab Kenapa Kita Selalu Jatuh Cinta Pada Orang Yang Salah


Jom Kita Lihat  Sebab-Sebab Kita Selalu Jatuh Cinta Pada Orang Yang Salah : 


1. Anda cuma sukakan aura dan pesonanya sahaja, bukan keperibadiaan dia

Sedar tak sebenarnya kita confuse antara pesona dan keperibadian seseorang tu. Belum tentu lagi sifat dia yang romantis tu menunjukkan sifat keperibadiaan dia yang sebenar. So anda kena alert bab-bab ni tau. Kalau boleh, fokus lebih pada keperibadian dia. Contohnya, tentang kejujuran dan kesetiaan. Baru nampak keikhlasan dia kat situ kan?


2. Selalu “menghalalkan” tingkah laku dan pertuturan yang menyakitkan hati

Pernah tak setiap kali keluar perkataan atau perbuatan yang menyakitkan hati dari pasangan korang, anda diamkan dan tak berani untuk bersuara? Contohnya, apabila pasangan anda tak henti-henti bercerita pasal ex girlfriend dia atau memberi banyak alasan setiap kali anda minta dia buat sesuatu untuk hubungan anda. Well, daripada sakit hati memendam lebih baik anda terus-terang apa yang terpendam dalam hati anda. Kalau dia serius dengan anda, dia akan jaga hati anda. Kalau tak tu, faham-faham sendiri jelah ye !!


3. Terlalu yakin dapat mengubah pasangan

Ha, ini memang biasa berlaku pada orang perempuan kan? Kalau dah sayang tu partner buat salah pun sanggup je pejamkan mata. Hentikan “kebodohan” ini guys!!! Kita selalu fikir orang peduli tentang kita tapi sebenarnya sebaliknya. Semua orang ada kepentingan sendiri so mungkin pasangan anda akan rasa terpaksa setiap kali perlu berubah. Dalam erti kata lain, tak ikhlas !!! Sebab tu la kebanyakan perubahan tu tak akan kekal lama.


4.  Terlalu fokus pada ciri-ciri lelaki idaman sampai sanggup “makan hati”

Kadang-kadang akibat terlalu mengejar kriteria idaman anda, anda sampai sangup tutup mata dengan kesalahan-kesalahan yang partner anda buat. Contohnya, sanggup nak ada boyfriend kacak walaupun perangai dia tak kacak mana pun. Jangan girls !!! Tak salah if anda lebih terbuka dengan kemungkinan yang datang. Mana tahu yang tak ada dalam kriteria tu lah yang mampu buat anda lebih bahagia kan?


5. Kurang bergaul atau berjumpa orang baharu

Mungkin faktor jadual kerja yang padat buat korang terbatas untuk kemana-mana dan lakukan apa-apa aktiviti. Apa kata lepas ni anda cuba untuk lebih terbuka dan curi sedikit masa untuk pergi ke tempat-tempat yang menarik atau beriadah. Mana tahu boleh jumpa jodoh kat situ ke at least dapat jumpa orang baru.

Alright, ini lah 5 sebab kenapa anda jatuh cinta dekat orang yang “salah”. Next time kena beware dan jangan salah lagi okay? Semua orang berhak untuk bahagia dan tiada siapa dapat bahagiakan kita melainkan diri kita sendiri. So jangan tersilap pilih !!


SUMBER

Baca Juga : Sebab-Sebab Tidak Boleh Mencintai Seseorang Itu Terlalu Mendalam

Post a Comment

Previous Post Next Post