Tak kiralah semasa bercinta atau pun sudah berkahwin, kadang kala untuk meneka hati lelaki adalah amat sukar sekali. Satu perhubungan di antara lelaki dan perempuan diibaratkan seperti satu perjudian.
Tips Mengenalpasti Seseorang Itu Ikhlas Dalam Suatu Perhubungan Credit Pic : SUMBER |
Bila bila masa saja seseorang itu boleh berubah dan pergi meninggalkan kita. Namun begitu, ketepikan dulu semua rasa resah dan takut untuk berkasih sayang itu. Kepada para wanita, ini ada tips untuk mengenali sama ada si dia benar benar ikhlas menyayangi kita atau tidak.
Tips Mengenalpasti Seseorang Itu Ikhlas Dalam Suatu Perhubungan
Ikhlas menyayangi bermaksud si dia tidak akan mudah meninggalkan kita di saat saat yang kita perlukan.
Ada Bila Kita Memerlukan
Ada itu bukanlah bermaksud si dia harus ada dengan kita sepanjang masa. Atau si dia haruslah berada di hadapan mata kita bila kita perlukan dia.
Ada satu saat dan keadaan di mata kita amat perlukan dia dan dia tidak dapat berada di sisi kita. Jadi di saat itu, cara dia menunjukkan keikhlasannya adalah dengan menggunakan apa saja cara untuk menenangkan kita.
Contohnya..zaman sekarang kan canggih. Ada WeChat, Facebook, Telefon semua. Gunakanlah kemudahan yang ada.
Marah Kita Untuk Kebaikan
Bila lelaki marah, terutama pada orang yang dia sayang, itu semua adalah untuk kebaikan. Contoh, lelaki marah bila orang perempuan tak tutup aurat, pakai seksi bukan semata mata sebab dia jeles, tapi sebab dia tak mahu kecantikan orang yang dia sayangi dilihat dengan mudah oleh orang luar. Marah kan tandanya sayang.
Bekerja Bersungguh Sungguh
Lelaki bekerja kerana mahukan kesenangan hidup. Dan ianya takkan lengkap tanpa kehadiran seorang wanita di sisi. Jadi jika si lelaki asyik sibuk dengan kerja janganlah kita merungut atau membebel. Asalkan dia betul betul komited dengan kerjaya. Percayakan dia itu lebih penting. Kita harus ingat bahawa kitalah sumber kekuatan untuk dia terus maju dalam kerjaya.
Kenalkan Dengan Ahli Keluarganya
Ini pun salah satu tanda si lelaki ikhlas berhubungan dengan kita. Sesetengah lelaki yang tidak jujur, mereka susah nak kenalkan kita dengan kawan kawan dia apatah lagi keluargnya. Jadi bila dia sudah kenalkan kita dengan keluarganya, itu tanda dia mahu kita rapat dengan ahli keluarganya. Senang bila dah kahwin nanti.
Ha, itu dia. Harap lah kalian yang wanita ini dapat bertindak bijak dalam menilai erti cinta seorang lelaki.
Bila dah dapat yang baik tu jangan lepaskan. Bukan senang nak dapat orang yang sanggup terima kita susah senang. Jadi nak kejar sangat harta benda duniawi yang tidak kekal tu. Duit penting tapi tanpa kasih sayang duit takkan bermakna.
Kasih sayang masih tidak dapat dibeli dengan duit. Yang dapat dibeli itu adalah kepura puraan yang toleransi, bukannya cinta.
SUMBER
Baca Juga : Sebab-Sebab Kenapa Kita Selalu Jatuh Cinta Pada Orang Yang Salah
Post a Comment