Ramai di antara kita cenderung untuk “meluahkan” apa sahaja yang kita terfikir dan rasakan. Tetapi sebenarnya, dalam kebanyakan masa, ia sepatotnya tidak perlu.
Berdiam Itu Adalah Lebih Baik Dari Berkata-Kata |
Kata-kata yang kita ucapkan mempunyai kuasa untuk melakukan banyak perkara baik..
Malah, ia juga sangat berkuasa menjadi alat untuk menyakiti, menimbulkan kemarahan, dan akhirnya membuat diri kita sendiri rugi. Kadang-kadang perkara terbaik adalah diam.
Bahasa atau kata-kata adalah satu kaedah yang sangat berguna untuk manusia berkomunikasi dengan satu sama lain. Tetapi, ia sering disalahguna sebagai alat untuk menimbulkan fitnah dan salah faham.
Berdiam Itu Adalah Lebih Baik Dari Berkata-Kata
Jika kita boleh belajar bagaimana untuk diam dan hanya mengatakan apa yang benar dan perlu sahaja, insyaaAllah kita akan sentiasa dekat dengan kebaikan.
Apa Yang Kita Boleh Dapat Dari Diam?
Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau hendaklah dia diam.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)Sekiranya anda belum jelas, diam itu adalah suatu simbol kecerdikan. Ini bukan bermaksud kita tidak perlu mempertahankan apa yang kita percaya adalah benar..
Tetapi hidup kita akan menjadi lebih baik dalam jangka masa panjang jika kita hanya bercakap mengenai perkara yang benar-benar penting sahaja.
Tidak banyak pun faedah untuk meluahkan setiap apa yang kita rasa, terutama ke dalam media sosial seperti Facebook.
Sabar dan diamkan diri adalah lebih baik daripada meluahkan setiap perasaan kita. Juga, lebih baik untuk berdiam diri apabila kita sedang marah.
Percayalah, kata-kata yang telah kita hamburkan (semasa marah), 90% daripadanya kita mungkin akan menyesal kemudian hari. Setiap perkataan yang kita catatkan boleh membawa kerosakan atau memakan diri kita sendiri.
Sebelum kita mengatakan sesuatu, tanya diri kita terlebih dahulu, “Adakah ini perlu dinyatakan?”
Sekiranya tidak perlu, lebih baik berdiam diri dan fokus pada diri sendiri.
SUMBER
Baca Juga : Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang Berhutang Yang Ramai Buat Tak Tahu
Post a Comment