Perasan tak, selepas berumahtangga, si suami akan bertambah saiz badan? Padahal semasa bujang dulu, badannya kurus melidi. 


Mengapa Majoriti Lelaki Akan Gemuk Selepas Kahwin ?
Mengapa Majoriti Lelaki Akan Gemuk Selepas Kahwin ?
Credit Pic : SUMBER

Persoalan yang kekal misteri ialah, kenapa lelaki gemuk selepas kahwin? Lagi hebat, perut juga boroi dan buncit !!

Hubungan sudah halal

Biasalah, hubungan sudah halal. Sudah tidak ada rahsia antara mereka berdua. Pastinya, semua lelaki yang bersusah-payah untuk menghalalkan hubungan dengan pasangannya ialah lelaki yang baik.

Mengapa Majoriti Lelaki Akan Gemuk Selepas Kahwin ?

Cuma hubungan sebelum kahwin dengan selepas berkahwin, adalah dua dunia yang berbeza. Perbezaannya adalah bagaikan langit dengan bumi. Tak akan sama.

Kenapa lelaki gemuk selepas kahwin ? 

Kali ini, kita akan sama-sama rungkaikan perkara ini.

1. Rutin sudah berubah

Seperti yang diberitahu tadi, cara dan gaya hidup sebelum kahwin tak akan sama dengan selepas berkahwin. Jumpa kawan pun malas.

Bangun pagi ---> Pergi kerja ---> Balik ---> Ulang lagi.

Sudahnya, lebih banyak masa terperap di rumah.


2. Kurang bersenam

Bila rutin berubah, masa lebih banyak ditumpukan pada isteri, anak-anak dan keluarga. Bila sibuk begini, lelaki tidak menjaga diri mereka sangat. Penampilan diri tidak diambil berat, tidak macam masa bujang dahulu.


3. Hati bahagia

Apa tidaknya. Sudah ada pasangan. Tentulah hidupnya sudah sempurna. Bahagia itu bukan diukur dari segi duit semata-mata. Bahagia itu tentang kasih sayang.

Ada orang yang kahwin dengan majlis yang sangat ringkas. Tidak perlu sewa dewan. Tak ada jurugambar mahal. Tak ada dulang boys. Tak ada brides maid bagai.

Kesederhanaan itu adalah kebahagiaan. Hidup itu bukan tentang banyak. Hidup itu tentang cukup. Kajian sains juga mendapati, perkahwinan yang bahagia memang akan membuatkan lelaki gemuk.


4. Isteri jaga makan

Beruntung dengan isteri yang pandai masak. Orang jenis ini, sesibuk manapun dengan kerja, dia akan luangkan masa dengan suami. Walaupun penat bekerja, dia akan tetap sediakan makan malam untuk suami.

Ingat lagi zaman ibu-bapa kita dulu?

Selagi ayah kita tak makan, mak kita tak akan makan. Kalau mak kenyang sekalipun, mak akan tetap temankan ayah makan sehingga habis. Takkan pernah kita nampak ayah makan sendirian.


5. Isteri masak lauk macam mak dia

Kelebihan lain yang akan membuatkan suami makan bertambah-tambah, ialah apabila si isteri pandai masak masakan yang sama macam mak dia.

Apa tidaknya, makanan itulah favourite dia dari kecil. Teringat-ingat zaman membesar, itulah lauk mak yang dia suka. Sedapnya, tak terhingga. Walaupun tak sama masakan mak sendiri dengan isteri, jika ada sipi-sipi, itupun sudah memadai.


6. Suami kenyang

Ada nasihat orang tua-tua, nak jaga suami ini cukup mudah. Kebiasannya, memang menjadi. Hanya perlu jaga dua perkara sahaja. Satu, jaga perutnya. Yang kedua, jaga yang itu.

In Shaa Allah, jika isteri pandai masak dan pandai melayan suami, segala-galanya akan dipermudahkan. Jika begini secara istiqamah, tak mustahil suami jadi gemuk.


7. Lelaki selalu habiskan makanan anak-anak

Bagi yang mempunyai anak-anak, si bapa akan menjadi MBPP bagi ahli keluarga yang lain.

Bila makan tak habis, “Bagi ayah!”

Ayah pun akan jawab, “Letak sini, ayah habiskan”

Kalau lelaki gemuk, jangan tanya kenapa. Anda sudah tahu jawapannya.


- Akhir kata -

Dari segi kesihatan, suami gemuk bukanlah satu petanda yang baik. Ia mungkin tanda-tanda penyakit yang akan memudaratkan.

Walau bagaimanapun, apa yang mahu diceritakan di sini, sudah tanggungjawab isteri untuk bahagiakan suami.

Rahsia Memikat Si Suami  Klik Disini <



Cuma, apabila isteri pandai jaga suami, suami pun kena pandai jaga isteri. Belajar untuk berikan komitmen yang sama. Jangan hanya satu pihak sahaja. Sama-sama kita bina keluarga untuk berkumpul kembali di syurga.

SUMBER

Baca Juga : Benarkah Perkahwinan Dapat Mengelakkan Seseorang Itu Menjadi Nyanyuk

Post a Comment

Previous Post Next Post