Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru 2020 saya ucapkan.

Huhhhh...!!! Hujung2 bulan 12.2019 agak busy sampai la bulan 2.2020. Sekarang baru la boleh curi-curi masa sikit update blog ni. Lepas ni sebulan 2-3 artikel saja la dapat buat.


Skop Tugas Sebenar Pembantu Tadbir (Kewangan) W19
Skop Tugas Sebenar Pembantu Tadbir (Kewangan) W19
Credit Pic : SUMBER

Ok laa...saya semak balik artikel sy lepas-lepas sy ada janji untuk update Skop tugas bagi jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) W19. Skop tugas ni sy dapatkan dari salah seorang kawan sy dari Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang. 


Skop Tugas Sebenar Pembantu Tadbir (Kewangan) W19


Deskripsi Tugas Pembantu Tadbir (Kewangan) W19 ialah : 


--> Bertanggungjawab ke atas tugas-tugas kewangan sepenuh masa dengan membantu pihak pengurusan / penyelia dalam urusan-urusan berikut : 

 * menyedia dan mengemaskini belanjawan tahunan.
 * mengurus dan mengawal peruntukan.

 * menyelenggara rekod dan menyediakan laporan perbelanjaan.
 * mengurus, menyelenggara dan memantau semua jenis panjar.
 * mengurus, merekod dan mengambil tindakan susulan berhubung dengan pendahuluan diri, pendahuluan pelbagai, pinjaman komputer dan pinjaman kenderaan.


Secara Umumnya Pembantu Tadbir (Kewangan) atau lebih dikenali sebagai PT Kew akan dibahagi-bahagikan tugas masing-masing mengikut keperluan Jabatan atau arahan dari ketua Jabatan.

- Gaji = menguruskan gaji pengawai, kemasukan pengawai baru, penamatan gaji, kenaikan gaji tahunan, naik pangkat, pemotongan gaji dan apa-apa saja perubahan yang melibat gaji.

- Hasil = menguruskan hasil kerajaan. ( Contoh hasil kerajaan : bayaran bil hospital, lesen, saman, cukai jalan dll )

- Pembayaran = 1) menguruskan semua jenis tuntutan daripada pengawai seperti tuntutan perjalanan dan bil-bil utiliti.
                       = 2) menguruskan bayaran bagi bekalan dan perkhidmatan seperti sewaan bangunan, mesin fotostat, security, pembelian stok alat tulis dan sebagainya.

- Perolehan = 1) menguruskan pembelian bekalan dan perkhidmatan melalui sistem ePerolehan.
                    = 2) menempah tiket kapal terbang bagi pengawai yang menggunakan waran perjalanan udara.
                    = 3) menguruskan sebut harga kerja-kerja dan perkhidmatan.

- Akaun = menyediakan laporan-laporan kewangan. (Contohnya : Penyata penyesuaian, laporan-laporan bil, laporan kedudukan peruntukan dan laporan-laporan lain yang berkaitan)


* Tips Tambahan Temuduga 

- Cari berkenaan Tender? 
- Cari berkenaan sebut harga?
- Cari berkenaan panjar?
- Cari berkenaan Menteri-Menteri?
- Soalan yang berkaitan Integriti?
- Isu-Isu semasa?       


> RAHSIA MUDAH LULUS TEMUDUGA KERAJAAN < (KLIK DISINI)




>= Panjar =<

- Panjar seperdua belas
- Panjar wang runcit 
- Panjar khas
- Panjar tiga perdua belas
- Panjar unit


Sistem-Sistem Yang Terlibat Dalam Urusan Kewangan

1. iGFMAS = Pembayaran, waran,baucal jurnal, terimaan, panjar, laporan.
2. ePerolehan = Berkaitan perolehan kerajaan.
3. SAP Logon = Untuk gaji

Semoga perkongsian kali ini dapat membantu anda semua dalam urusan temuduga kelak. Jika anda inginkan apa-apa skop tugas yang lain boleh la hubungi sy melalui email di portal sebelah kanan di bawah blog ini (Contact Us). 

Baca Juga : Skop Tugas Sebenar Pembantu Antidadah S19

1 Comments

  1. Bolehkah saya berpindah ke jabatan lain setelah berjaya dilantik ke pembantu pegawai kewangan w19 ke pegawai pentadbiran dan diplomatik m41?

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post