Setiap pasangan yang bercinta semestinya menginginkan perhubungan yang dibina akan ke tahap yang seterusnya iaitu perkahwinan. Bahkan ada yang masih belum cukup mengenali perangai pasangan mereka sedalamnya. 

Jenis Perangai Buruk Suami Yang Membuatkan Si Isteri Tidak Sukai
Jenis Perangai Buruk Suami Yang Membuatkan Si Isteri Tidak Sukai
Credit Pic : SUMBER

Sudah pasti ada dikalangan lelaki dan wanita yang ada perkara yang mereka tidak sukai pada pasangan mereka sendiri. 

Jenis Perangai Buruk Suami Yang Membuatkan Si Isteri Tidak Sukai


Salah satunya sikap yang suka mengongkong setiap gerak geri. Sehingga mendatangkan rasa tidak selesa dan tiada masa persendirian bila diperhatikan sedemikian rupa.

Termasuk juga sikap yang tidak sepatutnya dilakukan semasa bersama sehingga boleh memberikan hubungan yang buruk hanya disebabkan perkara yang boleh menjadi punca keretakan sesebuah hubungan.

Berikut merupakan 5 perkara yang wanita tidak sukai ada pada pasangan mereka.


1. Suka Meninggikan Suara

Lelaki sememangnya mempunyai suara yang unik dan di anggap macho. Namun jangan sesekali gunakan suara istimewa itu dengan meninggikan suara sebagai protes ego. Itu sangat tidak bagus. Kadang-kala, lelaki mengambil kesempatan ini dengan meninggikan suara kepada pasangan yang tidak melakukan kesalahan.


2. Suka Memandang Wanita Lain

Lelaki memang tidak akan pernah lari dari mengawal mata dan penglihatan (mata keranjang). Terutama sekali bila wanita yang memakai pakaian yang menjolok mata dan seksi. Sampaikan teman wanita berada di sebelah pun masih lagi nak melihat wanita lain.


3. Sikap Egois

Lelaki dan ego memang tidak boleh dipisahkan sama sekali. namun masih ada juga segelintir lelaki di luar sana yang menjadikan ia sebagai alasan tanpa mempedulikan perasaan wanita. Lelaki juga memiliki tanggungjawab dalam kehidupan termasuklah dalam memimpin wanita. Tidak salah untuk bersikap ego, namun haruslah kena pada tempatnya.


4. Panas Baran

Tidak boleh melihat sedikit kesalahan, mulalah nak melenting dan marah-marah. Ada juga yang sendiri yang melakukan salah tetapi melepaskan kemarahan pada orang lain. Tapi jika marah sehingga berani naik tangan itu sudah melampau.


5. Curang Dengan Pasangan

Perkara yang satu ini adalah sikap yang paling wanita tidak suka sama sekali. Walaupun sudah mempunyai kekasih dan susah untuk bersikap setia. Lelaki seperti ini juga sangat mudah digoda dan tergoda sehingga tidak menghiraukan perasaan teman wanitanya.

Jangan sesekali anda mempunyai sikap yang tidak baik seperti di atas. Pastikan anda pupukkan sikap setia dan saling menghormati pasangan dengan sebaiknya. Jika anda tidak mahu rasa di khianati, sebaiknya jangan melakukan perkara yang boleh memberi kesan buruk pada hubungan anda dan si dia. 


SUMBER

Baca Juga : Bilakah Waktu Terbaik Untuk Berkahwin?


Post a Comment

Previous Post Next Post