Adakah anda masih berharap dan masih menunggu seseorang agar menerima cinta anda. Kata orang, ada jodoh tak ke mana. Namun bagaimana pula jika perasaan dan perhubungan itu tidak ke mana-mana? 

Tanda-Tanda Jelas Anda Perlu Moveon Dari Seseorang Itu
Tanda-Tanda Jelas Anda Perlu Moveon Dari Seseorang Itu
Credit Pic : SUMBER

Berikut kami senaraikan tanda-tanda di mana anda patut berhenti mengejar seseorang dan melepaskan sahaja dia pergi :

Tanda-Tanda Jelas Anda Perlu Moveon Dari Seseorang Itu


1. Dia tidak pernah peduli tentang hidup anda atau tunjuk effort untuk menjadikan anda sebahagian daripada hidupnya.

2. Anda menaip mesej panjang-panjang seperti novel dengan penuh perasaan kepadanya namun dia hanya membalas sepatah, itu pun 24 jam kemudian atau lebih malang tiada sebarang jawapan setelah siang malam menunggu.

3. Dia banyak complaint tentang rupa, sifat dan personaliti anda dan mahu anda berubah mengikut seleranya.

4. Dia sering mengelak untuk bertemu dan melepak dengan anda.

5. Keluarga dan kawan-kawannya tidak pernah tahu tentang anda.

6. Anda cuba berkongsi impian anda dengannya tetapi reaksi dingin yang anda dapat.

7. Hati kecil anda berkata, “He or she’s not the one.”

8. Dia menganggap anda seperti mesin ATM, habis duit sepah dibuang.

9. Dia mempergunakan anda seperti Wikipedia atau Google yang akan menyiapkan tugasan akademiknya dan memudahkan hidupnya.

10. Dia membuat pengumuman kepada satu dunia bahawa hatinya sudah dimiliki tetapi pemiliknya bukan anda.

11. Dia membuat anda sedih atau pathetic dengan diri sendiri.

Jika ada tanda-tanda yang jelas di atas, kemungkinan besar dia tidak layak menerima hati anda. Mungkin sekarang separuh hati anda berasa sedih kerana tidak terpilih menjadi penghuni hatinya tetapi apakah anda yakin bahawa dia yang terbaik untuk anda?

Suatu hari nanti anda mungkin akan berterima kasih kepadanya kerana tidak menerima kasih anda. Oleh itu, anda harus bangkit untuk berjaya bukan kerana mahu si dia menyesal tetapi itu usaha anda untuk lebih menyayangi diri sendiri, memajukan diri dan menjalani kehidupan yang lebih baik.

Salah satu cara untuk membangunkan diri adalah dengan membaca buku. Jika anda sedang tercari-cari buku apa untuk dibaca supaya dapat move on dengan jayanya, buku antologi cerpen bertajuk Mudahnya Move On !! (cerita-cerita tentang kebangkitan lepas putus cinta atau kasih) karya 19 orang penulis termasuk Nami Cob Nobbler ini sedia menangis dan ketawa bersama anda dalam mengharungi suka duka kehidupan serta mengubati luka di hati anda.

SUMBER

Baca Juga : Ciri-Ciri Status Hubungan Yang Tidak Jelas (Friendzone)

Post a Comment

Previous Post Next Post