Hubungan yang tiada mempunyai status dan tanpa sebarang makna merupakan salah satu perhubungan yang membataskan mereka untuk mempunyai perasaan antara satu sama lain. Pernahkan anda terfikir, hubungan tanpa status ini langsung tidak memberikan apa-apa makna dan seolah -olah seperti digantung tanpa tali. 


Ciri-Ciri Status Hubungan Yang Tidak Jelas (Friendzone)
Ciri-Ciri Status Hubungan Yang Tidak Jelas (Friendzone)
Credit Pic : SUMBER


Pada masa yang sama, anda rasakan yang anda sudah memiliki sorang kekasih namun dalam dunia realiti, si dia bukan kepunyaan anda dan sekadar seorang kawan.


Ciri-Ciri Status Hubungan Yang Tidak Jelas (Friendzone) 


Pada masa yang sama, anda akan kerap rasakan tersangatlah terbatas untuk melakukan sesuatu perkara disebabkan perbezaan jantina. Setiap lelaki ataupun wanita yang menjadi kawan, sudah pasti akan wujud perasaan kasih dan cinta jika setiap hari bersama dan tempat sebagi meluahkan perasaan. 

Namun perasaan itu harus dihentikan dan tidak akan mempunyai perasaan cinta kerana hubungan anda dan si dia tidak lebih dari seorang kawan.

Apakah ciri-ciri yang boleh anda ketahui jika ianya sekadar hubungan tanpa status supaya anda tidak terlalu berharap lebih jauh. Mari kita semak beberapa perkara tentang hubungan tanpa status di bawah yang harus anda ambil tahu dan fahami.


1. Seakan Pasangan Kekasih

Ciri-ciri hubungan tanpa status ini seperti anda pergi untuk bertemu janji dengan seseorang. Contohnya, anda dan si dia pergi ke sesuatu empat pada tarikh yang sama, makan bersama dan pendek kata, anda melakukan semua perkara bersama-sama secara berduaan. 

Apabila si sia didekati oleh wanita ataupun lelaki lain, sudah pasti anda akn terbit rasa cemburu. Pada masa yang sama, anda tidak boleh menggungkapkan perasaan cemburu kepada si dia kerana anda bukanlah pasangan kekasih. Hubungan tanpa status ini, anda akan dapat rasakan ada jurang yang sebenar untuk anda berurusan dengan jantina yang berbeza.


2. Tidak Pernah Menyatakan Perasaan Cinta

Walaupun anda sudah menunjukkan perasaan sayang dan cinta, semuanya tidak mempunyai apa-apa makna sekiranya anda masih belum mengungkapkan perasaan suka terhadap si dia dan sama juga buat si dia apakah perasaannya terhadap anda. 

Jika perkara itu masih belum dikeluarkan, selama itulah hubungan anda dan si dia hanya boleh dianggap sebagai teman rapat sahaja.


3. Kadangkala Bertindak Seperti Tidak Tahu Apa-Apa

Perhubungan tanpa status ini juga boleh berlaku sekiranya anda tidak mempunyai apa-apa perasaan terhada si dia. Namun tiada seorang pun yang berani membuka mulut untuk berterus terang sekiranya tidak ada lagi perasaan sayang untuk satu sama lain. Perkara sebegini mampu menjejaskan perhubungan yang sudah lama tejalin dan putus di pertengahan jalan.

Sekiranya anda mengalami 3 ciri di atas, sememangnya hubungan yang telah anda jalinkan bersama si dia tidak mempunyai apa-apa makna dan ianya sekadar seorang kawan sahaja.

Jika anda tidak mahu hubungan yang lama sudah terjalin, sebaik-baiknya anda katakan perasaan terhadapnya untuk mengetahui adakah dia mempunyai rasa yang sama seperti yang anda rasakan masa kini.


MAHU PIKAT LELAKI IDAMAN ANDA > KLIK DISINI <


SUMBER

Baca Juga : Tanda-Tanda Wanita Perlu Move On Dari Hidup Seseorang Lelaki



Post a Comment

Previous Post Next Post